Litar Jerez Sambung Kontrak MotoGP Hingga 2031

Mohd Osman

Sempena ulang tahun ke-40 Circuito de Jerez-Angel Nieto, berita gembira diumumkan apabila litar bersejarah ini telah memperbaharui kontrak penganjuran MotoGP sehingga tahun 2031. Pengumuman rasmi dibuat oleh Presiden Kerajaan Wilayah Andalusia, Juanma Moreno, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, dan Datuk Bandar Jerez, Maria Jose Garcia Pelayo.

Langkah ini menegaskan kedudukan Jerez sebagai salah satu destinasi utama dalam kalendar MotoGP, terkenal dengan sejarah perlumbaan yang kaya serta sokongan padu daripada peminat motosikal di seluruh dunia. Dengan sambungan kontrak ini, Circuito de Jerez terus menjadi ikon penting dalam dunia sukan bermotor, selain menyumbang secara besar kepada ekonomi dan pelancongan wilayah Andalusia.

Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, kerajaan wilayah, dan Dorna Sports memastikan bahawa pengalaman perlumbaan di Jerez akan terus dipertingkatkan, termasuk dalam aspek kemudahan litar dan program pembangunan peminat. Pengumuman ini juga dilihat sebagai hadiah istimewa sempena sambutan 40 tahun litar yang mula beroperasi pada tahun 1985.

Pada sambutan ulang tahun ini, pelumba lagenda, Carlos Checa membuat satu lap kehormatan di litar tersebut menggunakan jentera Ducati V4S 7G yang dipadankan dengan livery istimewa.

MotoGP di Jerez kekal sebagai acara tahunan yang dinanti-nantikan, mengekalkan tradisi, semangat, dan keghairahan perlumbaan untuk tahun-tahun akan datang.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.3k views

Search

Archives