
Pasukan McLaren telah memutuskan untuk keluar dari kancah kejohanan dunia FIA Formula E selepas pusingan terakhir di London, United Kingdom pada hujung bulan Julai ini.
Untuk pengetahuan, pasukan McLaren FE telah memenangi satu perlumbaan di Sao Paulo pada Musim 10 (2023-2024) dimenangi oleh Sam Bird, yang juga salah seorang pelumba veteran dalam kejohanan dunia FE.
McLaren FE kini berada di kedudukan ketiga dalam klasifikasi bagi pasukan dalam kejohanan tersebut.
Teruskan bersama Four Wheels..!