MotoGP Perkenal ‘Rider of the Race’ – Undian Peminat Seperti F1!

Mohd Osman

MotoGP kini memperkenalkan ciri undian peminat ala F1, iaitu ‘Rider of the Race’, bermula hujung minggu ini di GP Sepanyol. Peminat boleh mengundi pelumba pilihan mereka semasa perlumbaan utama hari Ahad, dan keputusan akan diumumkan secara langsung selepas tamat perlumbaan serta dikongsi di media sosial rasmi MotoGP.

Ciri ini menyerupai ‘Driver of the Day’ F1 yang bermula sejak 2016, namun sering dipersoalkan kerana tidak selalunya mencerminkan prestasi sebenar di litar.

Langkah ini hadir hanya beberapa minggu selepas laporan Reuters menyatakan bahawa pengambilalihan MotoGP oleh Liberty Media (pemilik F1) hampir mendapat kelulusan penuh EU. Ini menimbulkan kebimbangan peminat bahawa identiti MotoGP mungkin terhakis.

Namun, Dorna telah mencuba pelbagai inisiatif untuk tarik minat peminat – seperti pentas podium di zon penonton, parade pelumba ganti sesi pemanas badan, serta pelancaran permainan video MotoGP 25 hujung minggu ini di Jerez.

Siaran MotoGP juga catat peningkatan tontonan di UK semasa GP Qatar lalu – naik 82.3% berbanding tahun lepas, dibantu oleh siaran percuma di TV.

Langkah ini bukti MotoGP terus mencari cara untuk lebih dekat dengan peminatnya.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.7k views

Search

Archives