
BYD Flash Charging Bakal Tiba di Malaysia, DENZA Z9GT Cas 9 Minit
KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2026 – BYD Malaysia bakal memperkukuh infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi pengenalan teknologi BYD Flash Charging, yang menawarkan pengecasan ultra pantas dengan slogan “Sedia dalam 5, Penuh dalam 9 Minit”. Inisiatif itu menyusul pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara BYD Malaysia dengan Gentari,



