
Toprak Razgatlıoglu berkongsi pandangannya tentang perbezaan ketara sistem brek antara MotoGP dan WorldSBK ketika ditemui di sebuah acara Brembo baru-baru ini.
Menurut Toprak, teknologi yang digunakan dalam kedua-dua kejuaraan ini berada pada tahap yang sangat berbeza. Sistem brek MotoGP, dengan penggunaan cakera karbon dan komponen berprestasi tinggi, ianya menawarkan kuasa henti yang jauh lebih tepat, konsisten dan agresif berbanding sistem brek keluli yang digunakan di WorldSBK.

Beliau menjelaskan bahawa ketika menunggang jentera MotoGP, beliau hanya memerlukan satu jari untuk membrek, manakala di WorldSBK beliau perlu menggunakan dua jari untuk menghasilkan kuasa henti yang sama. Perbezaan ini, kata Toprak, jelas menunjukkan tahap kecekapan dan sensitifnya brek karbon di MotoGP.
Kenyataan ini menggambarkan betapa besar jurang teknologi antara kedua-dua kategori, serta bagaimana ia mempengaruhi teknik tunggangan pelumba di pentas kejohanan dunia.
