Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025: Gabungan Tuner Jepun & Malaysia Gegar MITEC Ogos Ini

MC

Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) kembali ke Malaysia dengan lebih hebat pada tahun 2025, menampilkan legenda tuning Jepun, binaan ikonik dari Tokyo, dan yang terbaik daripada dunia modifikasi tempatan. Bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dari 8 hingga 10 Ogos 2025, acara ini menjanjikan pengalaman automotif yang luar biasa buat peminat kereta.

Antara nama besar dari Jepun yang bakal hadir termasuk legenda Top Secret, Smokey Nagata (buat kali ketiga berturut-turut), pengasas Liberty Walk, Wataru Kato; Isami Amemiya dari RE Amemiya; Takahiro Kataoka (KUHL Racing); Hisaaki Murakami (J’S Racing); serta “bapa GT-R moden”, Hiroshi Tamura.

Antara tarikan utama ialah paparan jentera unik Top Secret VR32 Stealth GT-R, gabungan casis BNR32 dan enjin R35 berkuasa 1,072hp – satu-satunya di dunia. Liberty Walk pula bakal mempamerkan dua jentera tumpuan: Ferrari F40 yang kontroversi dengan fender lebar bolt-on dan suspensi rendah, serta Super Silhouette ER34 yang diinspirasikan dari KDR30 Skyline perlumbaan era 80-an.

Binaan konsep futuristik turut diperkenalkan seperti CREWCH Delusion GT-R R356C dan ALESS Century Complete WL – sedan mewah Jepun 518hp dengan sentuhan ROZEL. RE Amemiya pula membawa MATSUKIYO KIZAMI 3ROTAR NA-7 dengan enjin rotary 3 rotor dan kuasa 435hp.

TASKL25 turut memperkenalkan zon baharu “Malaysia’s Finest Tuners (MFT)”, menghimpunkan tuner tempatan terkemuka dalam satu kawasan khas, menyatukan penggiat modifikasi dari Jepun dan Malaysia. Acara ini juga meriah dengan pertandingan gaya automotif, perhimpunan kelab kereta, dan paparan koleksi kereta paling rare di negara ini.

Daya Tarikan Lain TASKL25:

  • Diecast Collector’s Mini TAS & Supra MK4 edisi khas
  • Persembahan pentas & cosplay
  • Simulasi perlumbaan endurance oleh RaceRoom
  • Art demo langsung oleh Zameer Pentbrush (dengan sokongan Castrol)
  • Cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal oleh EXN Lubricants
  • Penampilan khas Zen Low, pelumba dan duta AUTOBACS

Kerjasama dengan Equestrian & Acara Pra-TASKL

Buat pertama kali, TASKL bekerjasama dengan Persatuan Ekuestrian Malaysia dan LEXUS untuk acara Prime Minister Cup CSI1* dari 25-27 Julai di Kuala Lumpur Polo Club, menampilkan sukan berkuda bertaraf antarabangsa sebagai sebahagian dari sambutan TASKL.

Pra-acara turut memeriahkan suasana dengan Malaysia GT-R Festival di Gamuda Cove (2 Ogos), di mana pemilik GT-R boleh sertai sesi eksklusif bersama Tamura serta pelbagai aktiviti dan cenderahati edisi khas. Pada hari yang sama, FL5 Malaysia akan mengadakan acara FL5 Type R Official Track Day di Litar Antarabangsa Sepang.

Harga Tiket TASKL 2025:

  • Dewasa: RM48 sehari / RM120 (3 hari)
  • Kanak-kanak (6-12 tahun): RM30 sehari
  • Pakej Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM120
  • Percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun
  • 50% diskaun untuk OKU dan penjaga

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh dibuat melalui laman rasmi:
🌐 www.tokyoautosalonkl.com
📱 Ikuti juga di Facebook, Instagram dan TikTok: @TokyoAutoSalonKL

Teruskan Bersama Four Wheels!!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives