Red Bull: Dominasi Yang Mula Retak ?

Kimi


Apa sudah jadi dengan Kem Red Bull?
Ketika ini, Red Bull masih memiliki Max Verstappen pelumba yang berbakat luar biasa dan menjadi aset utama pasukan.

Bermula dengan penghijrahan Adrian Newey ke pasukan baru dan juga langkah keluar Sergio Perez bagi memberi ruang muka baru dalam senarai barisan pemandu, Red Bull pada ketika itu sudah mula hilang kekuatan.

Tidak lama kemudian, pengarah sukan Red Bull Jonathan Wheatley dipinang oleh pasukan Sauber dan meninggalkan pasukan untuk memberi fokus kepada pembangunan pasukan Audi.

Terkini, Christian Horner dipecat serta-merta oleh pasukan Red Bull dan jawatan CEO dan Prinsipal Pasukan dipangku oleh Laurent Mekies.

Namun, Max juga memerlukan pasukan yang solid di sekelilingnya dari jurutera hingga pengurus. Tanpa sokongan itu, bukan mustahil beliau juga akan mencari peluang di tempat lain lebih-lebih lagi dengan Mercedes sedang mengintai peluang untuk menambat hatinya.

Apa yang berlaku di Red Bull kini mengingatkan kita bahawa dominasi dalam F1 bukanlah kekal dan apabila struktur dalaman mula retak, segalanya boleh berubah dengan pantas.

Tahun-tahun mendatang akan menjadi ujian sebenar buat Red Bull Racing sama ada mereka mampu bertahan dalam krisis ini atau menjadi satu lagi contoh kejatuhan kuasa besar dalam sejarah Formula 1.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Foto: Maxv1stappen

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives