Pusingan Ke-5 Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship 2025 Kembali ke Sepang

MC



Kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025 bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang untuk Pusingan Ke-5 yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober 2025.

Pengumuman rasmi ini dibuat oleh Two Wheels Motor Racing (TWMR) yang menyatakan bahawa walaupun usaha berterusan dilakukan untuk membawa kejuaraan ke lokasi baharu, kekangan tertentu menyebabkan pihak penganjur tidak dapat mengesahkan tempat litar alternatif tepat pada waktunya. Justeru itu, Litar Sepang tampil sebagai penyelamat, membolehkan musim ARRC 2025 kekal dengan enam pusingan seperti yang dirancang.

TWMR merakamkan penghargaan kepada semua rakan kongsi, penaja, pasukan dan pelumba atas sokongan dan kesabaran mereka sepanjang proses ini. Keputusan untuk kembali ke Sepang dijangka akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat termasuk pasukan, pelumba serta para peminat perlumbaan dua roda Asia.

Litar Sepang yang sinonim dengan aksi mendebarkan dan sokongan padu daripada peminat tempatan dijangka akan sekali lagi menjadi pentas penting dalam perebutan kejuaraan ARRC musim ini.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives