Pecco sedar peluangnya lebih terbuka tahun hadapan.

Wandi

Perubahan besar bakal melanda musim MotoGP 2026 apabila Dorna dan FIM memutuskan untuk membekukan pembangunan jentera. Ini bermakna, semua pasukan wajib menggunakan jentera yang sedia ada dan tiada lagi peningkatan spesifikasi utama sepanjang musim. Para pelumba diberikan pilihan untuk menggunakan mana-mana versi jentera yang telah diguna pakai pada tahun 2025, bergantung kepada kesesuaian dan strategi pasukan.

Bagi Ducati, mereka menggunakan dua versi musim ini iaitu Desmosedici GP24 dan GP25. Keputusan ini membuka peluang besar buat juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia atau lebih dikenali sebagai Pecco, untuk kembali menunggang GP24 pada tahun hadapan. Pecco sebelum ini secara terbuka mengakui bahawa GP24 lebih seimbang dan sempurna berbanding GP25 yang sedang digunakannya kini.

GP24 turut digunakan oleh pelumba seperti Alex Marquez, Franco Morbidelli dan Fermin Aldeguer sepanjang musim ini, dan jentera itu terbukti konsisten dari segi prestasi dan pengendalian. Dengan pembekuan pembangunan, Pecco melihat peluang ini sebagai ruang untuk kembali kepada mesin yang memberi keyakinan maksimum kepadanya.

Langkah ini dijangka memberi kelebihan buat Ducati dalam mengekalkan momentum kejuaraan dan mungkin akan menjadi strategi utama pasukan menjelang musim hadapan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives