Pecco Mula Mencuna Chassis Yang Diguna Marc.

Wandi

Francesco Bagnaia akhirnya mengambil keputusan penting dalam usaha memulihkan prestasinya dengan mula mencuba casis terkini yang digunakan oleh Marc Marquez. Walaupun Ducati tidak memaksanya, keputusan ini datang dari kesedaran Pecco sendiri selepas beberapa pusingan mengecewakan dengan jentera GP25.

Casis tersebut sebenarnya bukan yang digunakan Marc sejak awal musim. Ia adalah versi baharu yang hanya dipakai dalam beberapa perlumbaan terakhir dan memberikan perubahan besar dari segi keseimbangan menjadikan bahagian hadapan jentera lebih berat serta lebih stabil ketika membrek dan memasuki selekoh. Perubahan ini sangat sesuai dengan gaya agresif Marc dan kini Pecco ingin melihat sama ada ia mampu menyelesaikan isu yang dihadapinya.

Sebelum ini, Pecco lebih selesa menggunakan casis musim lalu kerana sudah terbiasa dengan karakternya. Namun, selepas banyak isu cengkaman dan maklum balas yang tidak jelas sepanjang musim ini dia akhirnya mengubah pendekatan.

Langkah mencuba casis baharu ini memperlihatkan kesediaannya untuk berubah dan mencari solusi. Ducati pula tetap memberikan sokongan penuh terhadap keputusan Pecco dalam usaha membawa dirinya kembali ke barisan hadapan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives