
Prinsipal Pasukan Mercedes AMG Petronas, Toto Wolf dilaporkan telah dilihat menaiki jet peribadi milik Max Verstappen di Sardinia baru-baru ini.
Insiden ini dengan pantas menarik perhatian ramai peminat dan pemerhati F1 lebih-lebih lagi ketika spekulasi perpindahan Max ke Mercedes semakin hangat diperkatakan.
Walaupun lokasi pertemuan itu di Sardinia sebuah destinasi mewah yang sering menjadi pilihan selebriti dan atlet untuk bercuti, memberi gambaran suasana santai, namun banyak pihak merasakan pertemuan ini bukan sekadar kunjungan mesra atau percutian biasa.
Ramai yakin bahawa ia mungkin melibatkan perbincangan lebih mendalam tentang masa depan Verstappen dalam Formula 1, terutamanya selepas beberapa petunjuk awal bahawa Max sedang menilai semula kedudukannya bersama Red Bull berikutan ketidaktentuan dalaman pasukan itu sejak kebelakangan ini.
Dengan kekosongan yang mungkin berlaku di Mercedes menjelang musim 2026 serta keinginan Toto untuk mengembalikan pasukannya ke tahap tertinggi, tidak mustahil pertemuan ini adalah sebahagian daripada rundingan awal yang lebih besar.
Adakah ini permulaan kepada perpindahan paling dramatik dalam era moden F1?
Atau sekadar satu pertemuan kasual antara dua tokoh besar sukan ini? Masa akan menentukannya tetapi satu perkara pasti, peminat F1 kini semakin teruja menantikan perkembangan seterusnya.
Teruskan Bersama Four Wheels..!
entranceF1
#FourWheels#TWmedia#FW#TWinfo#F1#FIA#F175#MV1