
Pelumba Red Bull KTM Tech3, Maverick Vinales, mengalami kemalangan highside ketika sesi latihan bebas hari kedua di Grand Prix Jerman (GermanGP). Insiden tersebut menyebabkan kecederaan di bahagian bahu, sekaligus memaksanya menarik diri daripada perlumbaan Sprint dan Race utama hujung minggu lalu.
Hanya 24 jam selepas insiden, Vinales telah menjalani pembedahan yang berjaya di Hospital Sassuolo, Itali. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan yang diketuai Dr. Giuseppe Porcellini, Dr. Antonio Padolino, Dr. Gianmario Micheloni dan Dr. Alessandro Donà atas rawatan yang diberikan.
Vinales mengesahkan bahawa beliau akan terlepas Grand Prix Czech minggu ini bagi memberi fokus kepada rehat dan pemulihan penuh menjelang sambungan musim selepas cuti musim panas.

“Terima kasih atas semua mesej dan sokongan, saya baca dan hargai setiap ucapan,” kata Vinales di media sosial.