Liqui Moly Cipta Sejarah Di Bumi Sendiri

Wandi

Perlumbaan Liqui Moly Grand Prix of Germany menyaksikan satu detik simbolik yang cukup membanggakan apabila pelumba David Muñoz daripada Liqui Moly Dynavolt Intact GP muncul juara dalam kategori Moto3. Kemenangan ini memberi kepuasan berganda buat penaja utama, Liqui Moly, kerana pasukan yang membawa nama mereka telah menakluki perlumbaan yang turut ditaja oleh mereka sendiri.

Sebagai syarikat pelincir terkemuka dari Jerman, Liqui Moly telah lama terlibat dalam pelbagai siri perlumbaan dunia. Namun kali ini, kemenangan Munoz di litar Sachsenring, iaitu di tanah air Liqui Moly sendiri, memberikan makna yang lebih mendalam. Ia bukan sekadar kemenangan seorang pelumba muda, tetapi juga bukti keberkesanan kerjasama dan sokongan penuh Liqui Moly terhadap pembangunan bakat dan teknologi dalam pasukan.

Kejayaan ini turut menambah kredibiliti jenama Liqui Moly dalam dunia perlumbaan dua roda, di samping memberi semangat tambahan kepada pasukan Dynavolt Intact GP untuk terus mencabar kejuaraan musim ini. Peminat menyifatkan kemenangan ini sebagai perfect match antara penaja dan prestasi di litar.

Dengan kejayaan berganda ini, Liqui Moly membuktikan mereka bukan sekadar penaja, tetapi kuasa penting di sebalik kemenangan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives