
KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 – Festival budaya kustom dan gaya hidup alternatif terbesar Malaysia, Art of Speed Malaysia (AOS) bertemakan “Kustom Ada Gaya”, kembali dengan penganjuran edisi ke-14 yang lebih meriah, penuh gaya dan berkelas dunia. AOS 2025 bakal berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 26 dan 27 Julai 2025, dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
Dengan keluasan tapak pameran mencecah lebih 452,000 kaki persegi dalam dewan dan kawasan luar seluas 320 ekar, AOS 2025 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik buat peminat kenderaan kustom, muzik alternatif, gaya hidup unik serta budaya kraf jalanan.
Barisan Tetamu Antarabangsa Ternama
























Antara nama besar yang bakal hadir termasuk:
- Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Hey Murakamii dari MOONEYES – Jepun
- Brendon Vetuskey – Pereka Produk Hot Wheels, Amerika Syarikat
- Darren McKeag (McKeag Art) – Amerika Syarikat
- Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride – Australia
- Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon – Jepun
- Masa Sugihara dari Luck MC – Jepun
- Ben Forster dari Benflathead – Australia
- Scott Johnson dari Pipeburn – Australia
- Gussan dari 2%er – Jepun
- Kustomstyle – Jepun
- Side Yakotani – Jepun
- Banzai Racing Equipment – Jepun
- StanceNation – Jepun
- AmeriFest – Jepun
- GokurakuDezign – Taiwan
- Ken Takabayashi (Ken The Flattop) – Jepun
- Choppajoop – Singapura
- SixtySick Paintlab – Indonesia (kumpulan terdiri daripada 20 artis pinstripe)
- Fahmi Freeflow – Indonesia
- Mill Art – Indonesia
- Irvine Jasta – Indonesia
- Bangkok Hot Rod Show – Thailand
- MOONEYES Bangkok – Thailand
- Kustomanila – Filipina
- Borneo Kustom Show – Brunei
- BBQ Ride – Indonesia
- Wicked Wallop – Singapura
- 645 Magazine – Indonesia
Motosikal Kustom Ikonik
AOS 2025 akan menampilkan 3 jentera ikonik:
- BMW R18 “Ground 0” oleh Yuichi Yoshizawa
- Harley-Davidson Knucklehead Chopper oleh Masa Sugihara
- Harley-Davidson Flathead oleh Ben Forster
Segmen Baharu & Kolaborasi Eksklusif
Antara pembaharuan yang diperkenalkan:
- World of Wheels (WOW) oleh MotorTakaful.com
- Studio fotografi profesional untuk kenderaan Show & Shine
- 5 kolaborasi khas, antaranya:
- Art of Speed x Hot Wheels Collection
- Art of Speed x FK – memperkenalkan rekaan kasut terbaharu
- Art of Speed x High Cultured, jenama streetwear tempatan
- Art of Speed x XOCKS
- Art of Speed x MOONEYES – meraikan satu dekad kecemerlangan
- “Collectible Alley” di Dewan C – ruang jualan diecast & barangan nostalgia
- Kerjasama antarabangsa seperti acara “BEETLE BATTLE” bersama komuniti Volkswagen Indonesia









Edisi Ke-3 Hot Wheels Collectors Convention Malaysia


Peminat diecast tidak akan kecewa kerana HWCCM kembali dengan:

- Kereta edisi khas “kiri & kanan”
- Pameran, jual beli, dan pertandingan kustom
- Majlis makan malam eksklusif bersama Brendon Vetuskey




Pameran Kenderaan & ThunderCircus Rally
Segmen Show & Shine kembali ke Dewan A dengan pelbagai jenis kenderaan dari seluruh dunia. Pemenang kategori terbaik bakal menikmati lawatan ke Yokohama Hot Rod Custom Show 2025 di Jepun.
Sementara itu, kawasan luar akan digamatkan dengan ThunderCircus “Brotherhood Rally”, himpunan penunggang motosikal pelbagai jenama dan komuniti dari seluruh negara.
Aktiviti Tambahan Art Of Speed Malaysia 2025
- Santai Scooterist – Perhimpunan mega pemilik skuter
- Perhimpunan kelab kereta moden dan klasik termasuk Alfa Romeo (AROCM), K-Car, Porsche Owners Club dan banyak lagi.
- Roda Rumble 2025 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang disokong oleh Retro Mania.
- Medan Selera – Barisan vendor makanan dan trak makanan kekal di kawasan luar dewan!
- Payung Kopi – Zon santai dengan kopi dan pastri, terletak berdekatan pintu masuk Dewan D.
- Flea Market Automotif
- Pelancaran produk atas pentas utama
- Sampel makanan percuma oleh Corntoz Mamee
- Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe di dalam Dewan D.
- Moto4sale, platform komuniti untuk membeli, menjual dan menukar motosikal di bawah 500cc, secara langsung di AOS 2025.
- Backdoor Soundsystem Collective – Kini ditempatkan di luar, bertentangan dengan Payung Kopi untuk menghiburkan pengunjung sepanjang hujung minggu.
- Zon Uji Tunggang – Sertai sesi test ride daripada jenama hebat seperti Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, Thunder dan banyak lagi.
Gaya Hidup, Muzik & Komuniti
Dewan D akan menjadi pusat gaya hidup Kulture Kartel yang menghimpunkan vendor barangan vintaj, streetwear, dan pertandingan B-Boy, Respect Culture South East Asia Qualification, di mana pemenang akan layak ke Respect Culture Taiwan World Finals.
SoundCircus Takeover di Dewan A pula bakal menyajikan barisan artis hebat seperti:

- Noh Salleh & Restoe Iboe
- Ruffedge
- Romantic Echoes
- Luqman Podolski, Fugo, Iqbal M dan ramai lagi.
Acara ini juga menyediakan Kembara Pasport AOS – aktiviti interaktif untuk para pengunjung mengumpul cop dan memenangi hadiah eksklusif termasuk tiket penerbangan ke luar negara.
Tiket & Kemudahan Pengunjung
Tiket Early Bird kini boleh dibeli secara dalam talian:
- Weekend Pass (RM35)*
- Sunday Pass (RM40)*
Kanak-kanak bawah 12 tahun & pemegang kad OKU masuk percuma.
Valet VIP Parking turut disediakan pada kadar RM30* di Aras G, Dewan D.
*Tidak termasuk caj pemprosesan RM3. Maklumat lanjut tersedia di laman sesawang rasmi Art Of Speed Malaysia.
Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival AOS:
“Kami amat berbesar hati untuk terus menjadi tuan rumah kepada Hot Wheels Collectors Convention Malaysia untuk tahun ketiga. Kami juga teruja menyambut pembina hebat dari Jepun dan meraikan ulang tahun ke-25 Luck MC. Jumpa anda semua di MAEPS!”
Untuk maklumat lanjut & pembelian tiket, layari:
🔗 www.artofspeedmy.com




