
Setelah berakhirnya separuh pertama musim MotoGP 2025, carta rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Dorna menunjukkan kedudukan konsesi bagi lima pengeluar utama iaitu Ducati, Aprilia, Yamaha, KTM dan Honda. Sistem konsesi ini diperkenalkan untuk membantu pengeluar yang bergelut dari segi prestasi agar kekal kompetitif, dengan memberikan kelebihan teknikal seperti lebih banyak ujian, penggunaan enjin tanpa had, dan kemudahan menaik taraf enjin sepanjang musim.
Berdasarkan carta yang dipaparkan, Ducati terus mendominasi dan mengekalkan markah konsesi hampir maksimum, berada di Kumpulan A (≥85%), hasil kejayaan konsisten mereka dalam setiap perlumbaan setakat ini. Aprilia juga menunjukkan prestasi stabil dan kekal di zon B (>60% <85%), manakala KTM kekal di Kumpulan C (>35% <60%) dengan prestasi yang sedikit menurun sejak beberapa pusingan lalu.
Namun tumpuan utama tertumpu kepada Yamaha dan Honda, dua nama besar dalam sejarah MotoGP yang kini kekal dalam Kumpulan D (<35%). Walaupun terdapat peningkatan mata secara perlahan sepanjang musim, kedua-dua pasukan masih jauh dari keluar daripada zon konsesi maksimum. Ini bermaksud mereka masih layak menerima pelbagai kelebihan pembangunan bagi separuh kedua musim.
Antara faktor penyumbang adalah kelemahan jentera dalam aspek aerodinamik dan cengkaman belakang, yang menyukarkan pelumba seperti Fabio Quartararo dan Joan Mir untuk bersaing secara konsisten dalam kelompok hadapan. Dengan baki separuh musim dan trek-trek teknikal seperti Silverstone, Misano dan Motegi akan datang, mampukah mereka bangkit dan keluar dari zon merah ini?
Teruskan bersama Two Wheels..!