Hong Leong Yamaha Motor Taja Pasukan Ragbi Kebangsaan

MC

Sungai Buloh, 8 Julai 2025 – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tampil sebagai Penaja Perak kepada skuad ragbi 7 sebelah negara, Bungaraya 7s, menjelang Sukan SEA ke-33 di Thailand hujung tahun ini.

Dengan sumbangan RM200,000, HLYM menyokong usaha latihan dan pembangunan pasukan lelaki dan wanita kebangsaan. Majlis penyerahan cek berlangsung di Genblu Café, disaksikan oleh pemain, pegawai Malaysia Rugby serta Pengarah Urusan HLYM, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei.

Presiden Malaysia Rugby, Encik Amir Amri bin Haji Mohamad menyatakan penghargaan terhadap penajaan ini yang membantu pemain muda, majoritinya pelajar IPT, menghadapi persiapan besar ini. Beliau turut memuji semangat dan komitmen tinggi yang ditunjukkan pemain.

Sebagai simbol kerjasama, Genblu Café memperkenalkan menu istimewa ‘BLUngaraya 7’s Chicken’ dengan tujuh ramuan khas, melambangkan kekuatan dan kerjasama pasukan.

HLYM menyeru rakyat Malaysia untuk terus memberi sokongan kepada Bungaraya 7s dalam usaha mereka mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives