Haas Uji Dua Pemandu Jepun, Ryo Hirakawa dan Sho Tsuboi

Kimi

Fuji Speedway bakal menyaksikan sejarah kecil dalam dunia sukan permotoran Jepun apabila dua pemandu tempatan Sho Tsuboi dan Ryo Hirakawa diberi peluang mengendalikan jentera Haas VF-23 dalam sesi ujian TPC (Testing of Previous Cars) pada 6 dan 7 Ogos 2025.

Ujian ini bukan sekadar sesi ujian biasa, sebaliknya menjadi simbol kepada jalinan kerjasama teknikal yang semakin kukuh antara Haas F1 Team dan Toyota Gazoo Racing.

Pada hari pertama, pemandu simpanan Haas dan bintang World Endurance Championship (WEC), Ryo Hirakawa, akan memandu VF-23.

Hirakawa bukan asing dengan dunia F1, beliau pernah menjalani ujian bersama McLaren dan tampil dalam beberapa sesi latihan bebas untuk Haas sebelum ini.

Manakala pada hari kedua, giliran juara Super Formula 2024, Sho Tsuboi, pula diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman pertama memandu jentera Formula 1.

Bagi Tsuboi, ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan dan beliau menyifatkan peluang ini sebagai detik yang cukup istimewa dalam kerjayanya.

Gabungan Bermakna litar Fuji, Toyota dan F1 bukanlah satu kebetulan. Ia mengukuhkan strategi “People, Pipeline, Product” yang diterajui Toyota bukan sahaja untuk membangunkan bakat pemandu malah memberi peluang kepada jurutera dan teknikal dari Jepun terlibat dalam ekosistem Formula 1 secara lebih mendalam.

Ujian ini juga dibuka kepada orang awam, menjadikannya peluang langka buat peminat Jepun menyaksikan aksi F1 secara dekat selepas Grand Prix di Suzuka pada April lalu.

Menurut Ayao Komatsu, Prinsipal Pasukan Haas ini adalah peluang unik untuk menggabungkan bakat tempatan dengan teknologi F1 dan menyifatkan sesi ini sebagai simbol kepada usaha masa depan pasukan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives