
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 – Kuala Lumpur bakal melakar sejarah apabila menjadi lokasi pembukaan kepada Kejuaraan Dunia FIM World Supercross Championship (WSX) 2025. Buat julung kalinya, pusingan pertama kejohanan berprestij ini akan diadakan di Asia iaitu di Stadium Merdeka pada 18 Oktober 2025.
Bermula hari ini, jualan tiket secara pra-jualan (presale) telah dibuka kepada umum, manakala jualan tiket rasmi akan dilancarkan pada 25 Julai 2025. Acara ini dijangka menarik kehadiran ribuan peminat sukan ekstrem dari dalam dan luar negara, dengan barisan pelumba bertaraf dunia seperti Eli Tomac dan Shane McElrath dijangka menghiasi litar.
Peminat digalakkan mendaftar lebih awal bagi merebut peluang mendapatkan tempat duduk terbaik serta menikmati harga promosi istimewa sempena pembukaan jualan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlumbaan Supercross bertaraf dunia di tengah-tengah jantung ibu kota!
Teruskan bersama Two Wheels..!