
Saingan MotoGP di Assen yang sepatutnya menjadi sambutan 100 tahun Dutch TT bertukar menjadi mimpi ngeri buat Ai Ogura, pelumba rookie dari pasukan TrackHouse Aprilia. Selepas meraih keputusan memberangsangkan di Mugello dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10, ramai menjangka Ogura akan kembali meningkat. Namun sebaliknya berlaku di Belanda iaitu tiga insiden malang, tanpa pungutan mata dan hati yang kecewa.
Segalanya bermula sejak sesi latihan Jumaat apabila Ogura mengalami ‘highside’ yang dahsyat hingga menyebabkan motornya terbakar, memaksa sesi dihentikan. Mujurlah, kali ini beliau tidak cedera dan dibenarkan meneruskan perlumbaan. Namun dugaan tidak berakhir di situ. Dalam sesi kelayakan, Ogura sekali lagi melakukan kesilapan. Dan pada hari perlumbaan, hanya selepas 32 saat perlumbaan bermula, Ogura terlibat dalam kemalangan di Turn 5 bersama rakan sepasukan, mecampak beliau ke batu kerikil.
Untuk rekod, ianya merupakan kemalangan ke-9 musim ini buat juara dunia Moto2 tersebut. Namun Ogura kekal tenang dan positif: “Kami hilang banyak sesi penting minggu ini. Di Jerman nanti, saya mahu mulakan semula dengan permulaan baik pada Jumaat, Sabtu yang mantap dan tamatkan Ahad dengan baik.”
Di sebalik kekecewaan, Marco Bezzecchi pula semakin menyerlah bersama Aprilia dengan dua podium di Assen, manakala Raul Fernandez kini hanya lima mata di belakang Ogura dalam kedudukan kejuaraan.
Yang pasti, semangat Ogura masih utuh dan bersedia bangkit di Jerman.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 MotoGP