Dominasi dan Drama ARRC Pusingan 3 di Motegi: Pelumba Tempatan dan ASEAN Cipta Sejarah

MC

Pusingan ke-3 FIM Asia Road Racing Championship 2025 di Mobility Resort Motegi, Jepun menyajikan perlumbaan yang penuh dengan aksi mendebarkan, kejutan, dan detik emosional daripada barisan pelumba terbaik rantau ini.

ASB1000: Hafizh Bangkit, Keito Beri Saingan

Dalam Race 1, pelumba Jepun Keito Abe (SDG HARC-PRO Honda Philippines) menawan hati peminat tempatan dengan kemenangan bergaya. Beliau mengatasi cabaran dari Azroy Hakeem (Malaysia) dan Zaqhwan Zaidi untuk menjuarai perlumbaan. Hafizh Syahrin (JDT Racing Team), meskipun bermula dari petak utama, terlibat dalam insiden awal dan terpaksa berpuas hati dengan DNF selepas terjatuh.

Namun dalam Race 2, Hafizh bangkit cemerlang dan menebus kesilapan dengan kemenangan pertamanya musim ini selepas aksi sengit bersama Keito Abe. Sho Nishimura melengkapkan podium.

Top 3 ASB1000:

  • Perlumbaan 1: Keito Abe, Azroy Hakeem, Zaqhwan Zaidi
  • Perlumbaan 2: Hafizh Syahrin, Keito Abe, Sho Nishimura

SS600: Anupab dan Adenanta Berkongsi Kemenangan

Race 1 menyaksikan Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand) bangkit dari P10 untuk menjuarai perlumbaan selepas pergelutan sengit dengan Kasma Daniel (HLY Yamaha) dan Adenanta Putra (Astra Honda). Dalam Race 2 pula, Adenanta tampil dominan dari awal dan kekal konsisten hingga ke garisan penamat, mengatasi cabaran Wahyu Nugroho dan McKinley Paz.

Top 3 SS600:

  • Perlumbaan 1: Anupab Sarmoon, Kasma Daniel, Adenanta Putra
  • Perlumbaan 2: Adenanta Putra, Wahyu Nugroho, McKinley Paz

AP250: Kebangkitan Izam & Keberanian Krittapat

Pelumba Malaysia, Md Izam Ikmal (Victor Racing) mencuri tumpuan di Race 1 dengan kemenangan dramatik setelah menewaskan Ryota Ogiwara hanya dengan beza 0.010s. Dalam Race 2, pelumba Thailand, Krittapat Keankum, tampil berani dan konsisten untuk muncul juara selepas mengatasi cabaran sengit daripada Murobbil dan Candra H.

Top 3 AP250:

  • Perlumbaan 1: Md Izam Ikmal, Ryota Ogiwara, Murobbil Vitoni
  • Perlumbaan 2: Krittapat Keankum, Murobbil Vitoni, Candra H

UB150: Husni Gah di Debut Motegi

Dalam kategori UB150, Husni Zainul Fuadzy (ZIEAR LFN HP969) menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi kedua-dua Race 1 dan Race 2 dalam penampilan sulungnya di Motegi. Persaingan rapat menyaksikan jarak masa antara 5 pelumba teratas di bawah satu saat dalam kedua-dua perlumbaan.

Top 3 UB150:

  • Perlumbaan 1: Husni Zainul Fuadzy, Fahmi Basam, Adytya Fauzi
  • Perlumbaan 2: Husni Zainul Fuadzy, Riky Ibrahim, Ahmad Afif Amran

TVS Asia One Make: Hiroki Ono Tiada Tandingan

Pelumba tuan rumah, Hiroki Ono, memanfaatkan sepenuhnya kelebihan di laman sendiri apabila memenangi kedua-dua perlumbaan TVS Asia One Make. Beliau meninggalkan pencabar terdekat seperti Sarthak Chavan dan Ramdan Rosli dengan jurang masa selesa, mempamerkan ketenangan dan ketepatan sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Top 3 TVS Asia:

  • Perlumbaan 1: Hiroki Ono, Sarthak Chavan, Md Ramdan Rosli
  • Perlumbaan 2: Hiroki Ono, Sarthak Chavan, Md Ramdan Rosli

Motegi menjadi saksi kepada semangat juang luar biasa dari pelumba Asia, dengan pelumba Malaysia, Thailand, Jepun dan Indonesia saling bersaing hebat dalam setiap kategori. Pusingan ke-3 ini telah menambah lagi kehangatan perebutan kejuaraan musim 2025.

Kita bersua kembali pada Pusingan 4 Kejohanan FIM ARRC 2025 di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika pada 29 hingga 31 Ogos nanti.

Teruskan Bersama TW Media

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives