
Aura klasik bertemu teknologi moden apabila BENDA Napoleon Bob 250 secara rasmi dilancarkan di Malaysia sempena pembukaan Mforce Best Shop Chuan Keat Motor Trading Sdn. Bhd. di Alma, Bukit Mertajam. Motosikal bergaya V-Cruiser ini ditawarkan pada harga menarik bermula RM20,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dan kini boleh dimiliki di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara.
Sebelum ini diperkenalkan secara eksklusif semasa pelancaran Hoong Fatt Motoworld, Ipoh tahun lalu, Napoleon Bob 250 kini bersedia mengisi keperluan penunggang yang inginkan gaya, prestasi, dan pengalaman tunggangan yang autentik. Ditawarkan dalam empat warna menarik – Black, Silver, Green dan Orange, model ini tampil dengan gaya retro yang menggamit kenangan dan jiwa kebebasan.
Black:-


Silver:-


Green:-

Orange:-


Menggunakan enjin V-silinder berkembar 249cc, motosikal ini mampu menjana kuasa maksimum 19kW pada 9,000rpm serta tork maksimum 25Nm pada 5,500rpm. Ia turut dilengkapi sistem 4-lejang, 8-injap SOHC, sistem pelinciran percikan dan sistem penyejuk cecair, sekaligus menjamin prestasi yang stabil dan tahan lasak.
Kombinasi transmisi 6-kelajuan dan Slipper Clutch menjadikan pertukaran gear lebih lancar serta mengurangkan hentakan ke belakang ketika penurunan gear secara mengejut – sesuai untuk penunggangan agresif mahupun santai.
Untuk aspek keselamatan, BENDA Napoleon Bob 250 tampil dengan sistem ABS dua saluran pada bahagian hadapan dan belakang, memberikan cengkaman lebih baik sewaktu membrek di pelbagai permukaan jalan.
Lebih menarik, model ini turut hadir bersama Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) – satu ciri jarang ditemui dalam motosikal kelas ini. Ia berfungsi mengelakkan tayar tergelincir ketika memecut atau menunggang di jalan licin, sekaligus meningkatkan keselamatan dan kawalan motosikal secara menyeluruh.
Walaupun berpenampilan klasik, BENDA Napoleon Bob 250 tidak ketinggalan dari segi teknologi. Antara ciri moden termasuk:
- Sistem penghidup elektrik
- Paparan meter LCD moden
- Sistem pancitan bahan api elektronik (EFI)
Tangki minyak bersaiz 9.5 liter pula memberi jarak tunggangan lebih jauh – sesuai untuk penjelajahan atau sekadar bersantai di hujung minggu.
Dari segi dimensi, motosikal ini mempunyai ukuran:
- Panjang: 2,320mm
- Lebar: 810mm
- Tinggi: 1,030mm
- Berat: 195kg
- Ketinggian tempat duduk: 750mm (sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang)
Dengan jarak roda 1,540mm dan jarak kelegaan tanah 123mm, motosikal ini menawarkan tunggangan yang stabil dan selesa di jalan raya.
Tayar hadapan bersaiz 130/80-18 dan tayar belakang 160/70-18 pula menambah keyakinan sewaktu membelok dan menunggang jauh.
Setiap pembelian BENDA Napoleon Bob 250 hadir dengan waranti tanpa had perbatuan selama dua tahun serta akses kepada pembelian alat ganti tulen secara atas talian, dijamin oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Dengan padanan gaya klasik yang memikat, teknologi canggih, dan prestasi bertenaga, BENDA Napoleon Bob 250 jelas merupakan pilihan tepat untuk mereka yang mencari pengalaman menunggang unik dan berjiwa bebas.
Dapatkannya sekarang di pengedar sah Mforce seluruh negara dan alami sendiri kehebatan V-Cruiser klasik moden ini di jalanan Malaysia.




















