Aron Canet Mula Fikir Untuk Tukar Pentas.

Wandi

Pelumba Moto2 Sepanyol, Aron Canet, mula mempertimbangkan masa depannya di luar MotoGP selepas mengakui belum menerima sebarang tawaran ke kelas perdana walaupun menunjukkan prestasi yang konsisten. Canet, yang kini mewakili pasukan Fantic Racing, telah menjadi antara pelumba paling stabil di Moto2 dengan beberapa podium sejak debutnya pada tahun 2020.

Rekod Canet tidaklah mengecewakan sementelah dia pernah menamatkan musim dalam kedudukan lima teratas dan sering menjadi pencabar utama kejuaraan. Namun, ironi besar berlaku apabila peluang ke MotoGP masih tidak kunjung tiba. Menariknya, Canet pernah mendapat tawaran daripada pasukan Aprilia Racing MotoGP sekitar dua musim lalu, tetapi menolaknya kerana tidak yakin akan peluang jangka panjang ketika itu.

Kini, dengan tawaran MotoGP semakin pudar, Canet memberi bayangan bahawa arena WorldSBK mungkin destinasi seterusnya. “Mungkin sudah tiba masanya untuk tukar arah dan berjuang untuk kejuaraan di Superbikes,” katanya.

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, Canet bakal membawa nama besar dan semangat juangnya ke pentas baharu sekali gus menambah warna kepada kejuaraan WSBK yang semakin hangat dengan kemasukan bintang-bintang dari kelas pertengahan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives