Trackhouse MotoGP Uji Pakej Aero Baru, Berikan Manual Gonzales Peluang Sulung Di Kelas Premier

MC


Aragon, Sepanyol – Pasukan Trackhouse MotoGP menamatkan satu hari ujian penting di Litar MotorLand Aragon dengan pelbagai penilaian teknikal serta memberi peluang berharga kepada pelumba Moto2, Manuel Gonzalez, untuk mencuba jentera MotoGP buat kali pertama.

RAUL FERNANDEZ: “Hari yang positif walaupun mencabar”

Raul Fernandez menjalani sesi ujian yang padat dengan pelbagai perubahan pada jentera, termasuk paket aerodinamik baharu dan sistem ekzos baharu.

“Itu hari yang baik. Kami cuba banyak perkara berbeza seperti aero baru dan ekzos baharu. Ada positif dan negatif, seperti biasa, tetapi saya gembira dan banyak belajar. Di penghujung hari bila semua mula buat serangan masa, saya terlalu letih dan hampir terjatuh dua kali, jadi saya hentikan – tugas sudah selesai. Kami buat kerja yang bagus hujung minggu ini, terutamanya pada pagi tadi kami uji beberapa perkara yang memberikan hasil. Selepas perlumbaan yang baik, ujian seperti ini penting untuk kami terus maju,” kata Raul.

NOÈ HERRERA – KETUA KRU RAUL FERNANDEZ

Menurut ketua kru Raul, ujian pagi tersebut memberi hasil yang memberangsangkan.

“Kami fokus pada dinamik membrek, mencuba rangka baru yang ternyata memberikan hasil positif. Kami juga menguji ergonomik kokpit baru yang mengubah posisi Raul ketika membrek dan ini membantu. Penyesuaian pada fork juga meningkatkan prestasi pertengahan selekoh. Kami turut menguji tayar depan Michelin baharu untuk musim hadapan – tidak asing bagi kami, dan ujian ini secara keseluruhan agak positif. Kami juga menilai paket aero baharu untuk homologasi kedua musim ini – ia agak berbeza, jadi tetapan perlu diubah. Kami juga uji beberapa komponen aero untuk Mugello dan dapati ia berkesan walaupun tidak perlu dihomologasi. Hari ujian ini sememangnya sangat positif.”

AI OGURA TIDAK HADIR KERANA KECEDERAAN

Ai Ogura tidak dapat menyertai ujian kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan patah tulang tibia kanan yang dialami ketika sesi latihan bebas di GP British, Silverstone. Dia juga tidak berlumba di Aragon dan dijangka kembali di GP Itali di Mugello.

DAVIDE BRIVIO – KETUA PASUKAN

Brivio menegaskan fokus utama ialah meningkatkan keyakinan Raul serta menilai beberapa komponen penting untuk pertengahan musim.

“Kami cuba ubah agihan berat untuk lihat kesannya. Di Jerez, kami hanya ada satu casis baharu, tetapi kali ini kami uji pada kedua-dua jentera untuk sahkan prestasinya. Kami juga uji ekzos dan aero baharu – ini penting kerana jika berkesan, sesetengah komponen akan digunakan di Mugello, manakala yang lain mungkin kemudian. Raul semakin yakin dan ini masa sesuai untuk teruskan momentum.”

Berkenaan kehadiran pelumba Moto2 Manuel Gonzalez, Brivio berkata:

“Manuel dapat peluang ini kerana Ai tidak dapat menunggang. Kami tidak mencari pelumba baru – kami masih ada kontrak dengan Ai dan Raul hingga 2026. Ini hanya pengalaman berharga untuk Manuel dan pasukan juga dapat belajar kendalikan pelumba muda. Justin sangat bersemangat beri peluang ini kepada Manuel.”

MANUEL GONZALEZ UJI JENTERA MOTO GP BUAT PERTAMA KALI

Manuel Gonzalez, yang kini terikat sebagai pendahulu kejuaraan Moto2, diberikan peluang langka untuk menunggang jentera MotoGP buat pertama kali. Ujian ini bukanlah penilaian rasmi, tetapi satu langkah Trackhouse Racing untuk menyokong bakat muda.

Manuel melengkapkan 87 pusingan (274.48 batu / 441.79 kilometer), dengan catatan masa terbaik 1’47.832 dan kelajuan maksimum 345 km/j (214.37 mph). Fokus utama ialah menyesuaikan tetapan jentera mengikut gaya tunggangannya.

JUSTIN MARKS – PENGASAS DAN PEMILIK TRACKHOUSE ENTERTAINMENT GROUP

“Kami doakan Ai cepat sembuh, itu keutamaan. Tapi ini peluang luar biasa untuk beri pelumba muda dan berbakat seperti Manuel peluang menunggang jentera MotoGP. Ia impian ramai pelumba muda, dan kami bangga dapat beri peluang ini walaupun hanya untuk sehari,” kata Justin Marks.

Gabungan Keputusan Latihan Bebas 1 dan 2 Ujian Aragon MotoGP 2025

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives