
MotoGP kini tiba ke Pusingan 9 dan destinasi kali ini adalah litar klasik Mugello di Itali. Litar ini bukan sahaja ikonik, malah penuh dengan sejarah, suasana bertenaga dan menjadi ‘rumah’ kepada rakan teknikal Trackhouse – Aprilia.
Selepas terpaksa berehat dua pusingan akibat kecederaan di Silverstone, Ai Ogura berpeluang untuk kembali ke jentera RS-GP24 hujung minggu ini. Pelumba muda dari Tokyo itu sedang pulih dengan baik dan akan menjalani pemeriksaan perubatan terakhir pada hari Khamis. Jika semuanya berjalan lancar, Ai bakal kembali ke litar untuk sesi latihan pertama hari Jumaat. Mugello pastinya lokasi yang menarik untuk kembali – laju, mencabar dan penuh aksi.
Bagi Ai, ini adalah peluang untuk kembali kumpul rentak selepas terlepas dua pusingan. Beliau juga pernah naik podium di Mugello semasa berlumba dalam Moto2, jadi dia tahu selok-belok litar ini.
Sementara itu, Raul Fernandez pula hadir dengan keyakinan tinggi selepas menunjukkan prestasi kukuh di Aragon. Tempat ke-10 di perlumbaan lepas dan ujian hari Isnin yang berjaya memberi semangat baru kepada Raul dan pasukannya. Dia juga pernah berdiri di podium di Mugello dalam Moto2 dan mahu ulangi kejayaan itu dalam kelas premier.
Pasukan Trackhouse membawa semangat tinggi ke Mugello – bukan saja untuk bersaing, tapi juga untuk meraikan semangat perlumbaan di tanah kelahiran Aprilia. Dengan Ai kembali dan Raul yang semakin konsisten, ini mungkin jadi hujung minggu yang menjanjikan sesuatu yang istimewa.