Strategi Pecco Di Mugello, Cakera Brek 355mm Mungkin Jadi Pilihan

Toshi

Litar Mugello sepanjang 5.245 km diiktiraf sebagai antara litar mencabar untuk sistem brek MotoGP, dengan indeks kesukaran 3 daripada 6. Brembo mencatatkan bahawa pelumba membrek sebanyak 8 kali setiap pusingan, selama kira-kira 25 saat. Pembahagian zon brek adalah 3 zon keras, 3 sederhana dan 2 ringan.

Untuk litar seperti Mugello, penggunaan cakera brek karbon bersaiz 340 mm biasanya mencukupi. Namun begitu, dalam keadaan tertentu seperti apabila pelumba ingin meningkatkan kestabilan semasa membrek kuat, cakera bersaiz 355 mm yang lebih besar dan mampu sejuk dengan lebih efisien dan boleh menjadi kelebihan taktikal.

Pecco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo sebelum ini mencuri perhatian apabila menukar cakera brek hadapan dari 340 mm ke 355 mm dalam perlumbaan di Aragon. Perubahan itu terbukti memberi kelebihan besar kepadanya dalam aspek kestabilan dan keyakinan membrek.

Kini di Mugello, satu litar yang mempunyai gabungan selekoh laju dan lurus panjang, strategi ini mungkin diulang. Bagnaia sudah meraih kemenangan tiga tahun berturut-turut di Mugello. Dengan jentera Ducati yang sangat sesuai dengan ciri teknikal litar ini, apa jua keputusan teknikal berkaitan brek boleh menjadi penentu ke arah kemenangan keempat berturut-turut buat beliau.

Soalnya kini, adakah Pecco akan sekali lagi memilih cakera 355 mm?

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Brembo/MotoGP

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives