Razlan Razali Kenang Zaman Gemilang Malaysia Dalam MotoGP, Respon Terhadap Kejayaan Thai Di Aragon

Mohd Osman

“Once upon a time we 🇲🇾 had riders in all categories of the world MotoGP Championship. In fact, we are the first SE Asian country to own a world MotoGP Championship team in the premiere MotoGP class, Moto2 and Moto3…”

Itu luahan Razlan Razali, tokoh penting dalam pembangunan sukan permotoran Malaysia, apabila merespon tentang kejayaan Thailand yang mempunyai wakil dalam semua kelas MotoGP minggu ini di Aragon di media sosial miliknya. Ianya adalah satu pencapaian membanggakan buat negara jiran.

Razlan mengimbau kembali era kegemilangan Malaysia dalam kejuaraan dunia MotoGP, di mana kita pernah memiliki pelumba dan pasukan dalam ketiga-tiga kategori – sesuatu yang belum pernah dicapai oleh negara Asia Tenggara lain ketika itu. Litar Sepang pula sentiasa penuh dengan penyokong tempatan yang memberikan sokongan padu kepada pelumba negara.

Malaysia bukan sahaja memiliki pelumba ketika itu malah insan di belakang tabir, Habib seorang mekanik MotoGP yang kini berada di pasukan Trackhouse MotoGP.

Namun kini, menurut Razlan, semuanya seakan pudar. “It’s 🇹🇭 turn and maybe 🇮🇩 next to do their country proud. For Malaysia, I am not so sure at the moment,” katanya. Beliau menyatakan bahawa harapan kini disandarkan kepada bakat muda seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan, tetapi jalan yang perlu mereka tempuh masih panjang dan penuh cabaran.

Pasukan Petronas SRT yang pernah bersaing di kesemua kelas di Kejuaraan Dunia.

Musim 2018: Pelumba Malaysia dalam Semua Kategori

MOTOGP

Hafizh Syahrin mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang bersaing sepenuh masa dalam kelas premier MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech3.

MOTO2

Khairul Idham Pawi mewakili Malaysia dalam kelas pertengahan Moto2 bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia.

MOTO3

Adam Norrodin bersaing dalam kelas Moto3 bersama pasukan SIC Racing Team. 

Beliau kini memberi tumpuan kepada dunia keusahawanan menerusi francais gimnasium Anytime Fitness, selain terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan permotoran tempatan sebagai individu berpengaruh dalam badan induk Malaysia Motorsports Association (MAM).

Kenyataan Razlan ini menjadi peringatan bahawa tanpa hala tuju dan sokongan jitu, kita mungkin hanya tinggal kenangan dalam sejarah MotoGP dunia.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives