Rasmi: Tarran Mackenzie & PETRONAS MIE Racing Honda Team Berpisah berkuat kuasa serta merta.

Mohd Osman

Tarran Mackenzie dan pasukan PETRONAS MIE Racing Honda secara rasmi telah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama mereka lebih awal daripada musim penuh WorldSBK 2025.

Mackenzie tidak akan beraksi dalam baki enam pusingan Kejuaraan Dunia Superbike musim ini. Namun begitu, perpisahan ini berlaku dalam suasana penuh hormat dan profesional, dengan kedua-dua pihak mengakui sumbangan besar yang telah dicurahkan sepanjang tempoh bersama.

Mackenzie mula menyertai projek MIE pada 2023 dalam kategori WorldSSP, di mana beliau mencipta detik bersejarah dengan kemenangan di pusingan Czech – kemenangan pertama buat pasukan tersebut. Pada 2024, Mackenzie naik ke kelas premier WorldSBK, kekal bersama skuad yang diketuai Midori Moriwaki. Sepanjang musim, beliau dikenali dengan sikap positif, semangat juang tinggi dan usaha berterusan membangunkan projek ini.

Midori Moriwaki menyifatkan Mackenzie sebagai pelumba yang istimewa dan sebahagian daripada sejarah pasukan:

“Kami lalui susah senang bersama. Kemenangan di Most akan sentiasa kami kenang. Sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi saya ucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan seterusnya dalam kerjayanya.”

Mackenzie turut meluahkan penghargaan terhadap pasukan:

“Walaupun ada cabaran, saya bersyukur dengan peluang ini – terutama kemenangan di Most dan prestasi cemerlang di Assen. Saya sentiasa beri 100%. Mungkin sudah tiba masa untuk haluan baharu demi kebaikan kedua-dua pihak.”

Pihak pasukan akan mengumumkan pengganti Mackenzie dalam masa terdekat.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives