Pusingan 3 SUPER GT Malaysia: Lebih 28,000 Peminat Hadir, Perancangan GT500 Wild Card untuk 2026

MC

Pada 28 Jun 2025 (Sabtu), hari terakhir kelayakan bagi SUPER GT Malaysia Festival 2025, satu sidang media telah diadakan melibatkan penganjur utama perlumbaan ini.

Antara yang hadir di atas pentas ialah:

(Dari Kiri) Fahrizal Hasan (wakil HARO Sports & Entertainment), Masaaki Bando (Presiden GT Association (GTA) dan Earl Bamber (Pemilik Pasukan EBM Giga Racing)

Foto: Super GT
  • Fahrizal Hasan, wakil HARO Sports & Entertainment (penganjur tempatan),
  • Earl Bamber, pemilik pasukan EBM GIGA Racing,
  • Masaaki Bando, Presiden GT Association (GTA).

Kemeriahan & Sambutan Hangat di Sepang

Farizal menyatakan perlumbaan ini sepatutnya berlangsung pada 2020 namun ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. Kini, selepas 12 tahun, perlumbaan kembali ke Sepang dengan 28,524 penonton hadir semasa sesi kelayakan, satu pencapaian besar bagi perlumbaan antarabangsa di Malaysia.

GT500 Wild Card Dirancang untuk 2026


Fahrizal Hasan (wakil HARO Sports & Entertainment)

Foto: Super GT

Farizal turut mengumumkan bahawa pasukan wildcard GT500 dijangka akan menyertai perlumbaan di Malaysia pada tahun 2026, sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah SUPER GT. Perbincangan lanjut bersama GTA akan diteruskan berkenaan pemandu dan jentera terlibat.

Komitmen GTA & Harapan untuk Masa Depan

Masaaki Bando (Presiden GT Association (GTA))

Foto: Super GT

Presiden GTA, Bando, menyatakan komitmennya untuk mengembangkan lagi kehadiran SUPER GT di Asia Tenggara. Beliau menyifatkan edisi 2025 ini sebagai langkah pertama untuk terus menapak kukuh di rantau ini, bermula dengan dua pasukan wildcard dalam kategori GT300.

EBM GIGA Racing Perkenal Pemandu Wildcard GT300

Earl Bamber (Pemilik Pasukan EBM Giga Racing)

Foto: Super GT

Earl Bamber, yang juga merupakan pemilik pasukan dan bekas pelumba, memperkenalkan dua barisan pemandu wildcard mereka:

  • #611 EBM GIGA 911 GT3: Adrian D Silva / Dorian Boccolacci
  • #333 EBM Vantage GT3: Kerong Li / Jazeman Jaafar

Bamber berkongsi kenangannya menonton SUPER GT di Sepang sewaktu kecil dan berasa bangga kini berada di grid sebagai pemilik pasukan.

SUPER GT Tarik Minat Terhadap Budaya Jepun

Dalam sesi soal jawab, Farizal menyatakan bahawa SUPER GT bukan sekadar perlumbaan, malah ia turut memperkenalkan budaya Jepun kepada rakyat Malaysia. Di sekitar litar, terdapat festival Jepun yang mempersembahkan makanan, minuman dan elemen budaya Jepun kepada para penonton.

SUPER GT bukan sahaja kembali ke Sepang dengan aksi perlumbaan, tetapi juga sebagai jambatan budaya antara Jepun dan Malaysia.

Teruskan Bersama Four Wheels!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives