
Pelumba Itali, Nicolò Bulega, sah melanjutkan kontraknya selama satu tahun bersama pasukan Aruba.it Racing – Ducati bagi musim WorldSBK 2026. Bulega kini mendahului kejuaraan World Superbike 2025 dengan kelebihan 31 mata selepas memenangi 8 daripada 15 perlumbaan pertama, termasuk kemenangan berganda di Phillip Island dan Cremona.

Lebih menarik, Ducati turut mengumumkan bahawa Bulega akan menjadi pelumba ujian rasmi Ducati MotoGP pada tahun 2026. Beliau akan bekerjasama dengan Michele Pirro bagi menguji jentera baharu 850cc Desmosedici, menjelang peraturan baharu MotoGP tahun 2027.
Peraturan baharu itu akan menyaksikan larangan penggunaan ride height device, sistem holeshot, serta kawalan ketat terhadap aerodinamik. MotoGP juga akan beralih kepada tayar Pirelli, yang sudah biasa digunakan Bulega dalam WorldSBK.
“Sambung kontrak ini sangat bermakna untuk saya. Saya mahu fokus penuh pada musim ini, dan pada masa sama, bersedia untuk cabaran baharu di MotoGP nanti,” kata Bulega.