Hayden Haikal & Azriel Azhar Dominasi Sesi Kelayakan GR86 Cup Malaysia

MC

Sepang, 26 Jun 2025 — Pasukan ARTEVO Motorsport yang dibarisi duo berbakat Hayden Haikal dan Azriel Azhar muncul sebagai pencabar utama dalam kelas PRO-AM apabila mencatat masa terpantas 2:33.150 dalam sesi kelayakan GR86 Cup Malaysia Series. Catatan itu bukan sahaja meletakkan mereka di tangga teratas, malah memberi kelebihan strategik untuk perlumbaan utama hujung minggu ini.

Menghimpit rapat di kedudukan kedua ialah Muhammad Naquib Nor Azlan dan James Liam Russell dari STRATOS Motorsports dengan perbezaan hanya 0.046 saat, menunjukkan persaingan sengit yang bakal berlangsung di litar sepanjang 5.543km itu.

Pasukan lain dalam kelas PRO-AM yang turut menyerlah termasuk TEAM ULTIMATE PERFORMANCE di tempat ketiga, manakala duo pelumba selebriti, Rizal Ashram Ramli dan Azlan Shah Kamaruzaman dari XOX Racing Team menamatkan sesi di tempat kelima.

Bagaimanapun, kereta nombor 33 dari OPM Lite Racing terkeluar dari kelayakan selepas didiskualifikasi mengikut Artikel 20.3 peraturan perlumbaan.

Kelas CLUBMAN: Lester Neo Dahului Barisan

Dalam kelas CLUBMAN, Lester Neo Zhe Ming dari TD Racing mencatat masa terpantas 2:36.740, meninggalkan rakan sepasukan Harold Chau Hon Loon di tempat kedua. Pasukan Aylezo Motorsports yang diterajui Ayrton Low pula berada di kedudukan ketiga.

Beberapa pelumba dikenakan penalti kerana melanggar had trek termasuk #28, #53 dan #99, namun catatan masa utama kekal tidak berubah.

Jangan lupa menonton perlumbaan Siri GR86 Cup Malaysia pada jam 2.00 petang Jumaat ini dan saksikan aksi penuh adrenalin hanya di Sepang! 🏁

Teruskan Bersama TW Media!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives