CFMoto 675NK (2025) Bakal Dilancarkan di Malaysia – Naked Bike Agresif dengan Teknologi Terkini!

Mohd Osman

Selepas pelancaran global di Portugal Mac lalu, CFMoto 675NK (2025) kini sah bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Model naked bike terbaharu ini adalah ‘adik kembar lain kepala’ kepada sportbike 675 SR-R dan tampil dengan pakej prestasi serta teknologi moden yang menarik perhatian ramai.

Dikuasakan enjin 675cc, 3 silinder sebaris DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api, 675NK mampu menjana 88hp dan 68Nm tork. Kuasa itu digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan bersama quickshifter untuk penukaran gear lebih lancar.

Antara ciri menonjol pada model ini termasuk:

Paparan TFT 5 inci dengan mod siang/malam automatik Kawalan traksi dua tahap Mod tunggangan (Street & Sport) Sistem sambungan aplikasi CFMoto RIDE Rangka jenis teralis dan lengan ayun aluminium Fork hadapan USD dan brek Brembo

Dijangka ditawarkan pada harga kompetitif bawah RM34,000, CFMoto Malaysia dilihat pantas mengambil langkah membawa masuk model ini selepas menerima sambutan baik terhadap 675 SR-R tahun lalu. Beberapa pengedar juga dilaporkan sudah membuka tempahan awal untuk model ini.

Untuk peminat naked bike berprestasi tinggi pada harga berpatutan, CFMoto 675NK (2025) sememangnya antara model yang wajib diberi perhatian!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives