Beli Tiket SUPER GT Malaysia 2025 & Menang GR Supra Bernilai RM650,000!

MC

Acara SUPER GT Malaysia Festival 2025 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 26 hingga 28 Jun 2025. Dengan hanya membeli satu tiket menggunakan Mastercard, anda berpeluang memenangi sebuah kereta GR Supra baharu bernilai RM650,000 melalui cabutan bertuah!

Kategori tiket yang layak menyertai cabutan bertuah:

  • Main Grandstand (RM250)
  • GT Suite (RM350)
  • GT Live! Rock Zone (RM500)
  • GT Club Paddock (RM2,000)
  • Experience, Ultimate & Dream Packages (dari RM5,000)
    (Tiket K1 Grandstand tidak layak)

Antara aktiviti menarik di festival ini:

  • Konsert GT Live! selepas perlumbaan, menampilkan:
    • Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ) dari Indonesia
    • KLP48 (J-Pop & M-Pop)
    • Artis tempatan seperti FAREEDpf K-Clique, Sabhi Saddi & Kaka Azraff
  • Pertandingan perlumbaan Toyota seperti Vios Challenge dan GR86 Cup
  • Pameran kereta Toyota & GAZOO Racing, simulator perlumbaan, zon peminat, dan jualan barangan rasmi
  • Penyertaan dua pelumba Malaysia, Jazeman Jaafar & Adrian D’Silva dalam kelas GT300
  • Booth Jepun (JFA) menjual barangan sokongan pasukan bola sepak Samurai Blue

Acara ini dianjurkan oleh HARO Sports&Entertainment bersama Mastercard, serta disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Selangor, sempena Visit Malaysia Year 2026 dan Visit Selangor 2025.

Dapatkan tiket & maklumat lanjut di:
🌐 www.supergtmalaysia.com

Atau kunjungi promosi di Sungei Wang Plaza (29 Mei–1 Jun, 6–8 Jun) dan Lot 10 (3–5 Jun) untuk permainan interaktif & peluang menang tiket dan barangan eksklusif!

Teruskan Bersama Four Wheels..!!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives