
KUALA LUMPUR, 8 Mei 2025 – Selepas kejayaan pelancaran ZONTES 368G pada Januari lalu yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat skuter tempatan, ZONTES kembali menggempur Malaysia Autoshow 2025 dengan tiga model terbaharu yang dijangka mencuri tumpuan:
👉 ZONTES 368D
👉 ZONTES 368E
👉 ZONTES 703F
Kini dibuka untuk tempahan di semua pengedar sah ZONTES seluruh negara, ketiga-tiga model ini hadir dengan anggaran harga bermula bawah RM25,000 (368D), RM27,000 (368E) dan RM40,000 (703F).
🛵 ZONTES 368D – Skuter Maxi Bandar yang Ringan & Agresif

Evolusi daripada model popular ZONTES 350D, 368D tampil dengan reka bentuk lebih tajam dan ringan—hanya seberat 175kg!
Dikuasakan enjin 368cc, ia menghasilkan kuasa 28.5kW dan 40Nm tork, serta dilengkapi:
- Paparan TFT berwarna 6.75”
- Port USB berkembar
- Kamera hadapan & belakang HD
- Sistem brek J.Juan, ABS dwi-saluran & TCS
- Cermin angin boleh laras secara elektrik
- Pilihan warna: Matte Black, Matte Silver & Grey
🛣️ ZONTES 368E – Skuter Touring Premium untuk Penjelajahan Jauh

Bagi penggemar perjalanan jauh, 368E adalah pilihan tepat. Dengan berat hanya 193kg dan tangki bahan api 17L, ia mampu menjimatkan hingga 3.5L/100km
Ciri tambahan untuk penunggang touring termasuk:
- Pemanas pemegang
- Sistem kawalan pintar tanpa kunci ZONTES
- Ruang simpanan untuk dua helmet bersaiz XXL
- Cermin angin lebih besar & tempat duduk ergonomik
- Warna: Matte Black, Pearl White & Matte Silver Blue
🏍️ ZONTES 703F – Motosikal Super Adventure Pertama ZONTES di Malaysia!

Untuk penunggang tegar dan pengembara off-road, ZONTES 703F menandakan era baharu ZONTES dalam segmen motosikal pengembaraan berprestasi tinggi.
Dengan enjin 699cc 3-silinder (70kW / 75Nm) dan tangki bahan api 22L, ia direka untuk mencabar sebarang permukaan jalan.
Ciri utama:
- Suspensi boleh laras Marzocchi
- Rim jenis spoke tanpa tiub
- Lampu kabus LED & cermin angin elektrik
- Pilihan roda: 19” (ground clearance 190mm) atau 21” (ground clearance 205mm)
- Warna: Mech Grey & Black Gold
📱 Kesemua Model Baharu Kini Serasi dengan Aplikasi Pintar ZONTES
Dengan ZONTES Smart App, pemilik motosikal kini boleh memantau status motosikal secara langsung, melihat sejarah tunggangan, dan akses diagnostik hanya dari telefon pintar.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dan menguji sendiri ketiga-tiga model baharu ini di Malaysia Autoshow 2025 dari 9 hingga 15 Mei di MAEPS, Serdang.
➡️ Lokasi: Dewan C, Booth No. 16
Untuk maklumat lanjut, layari:
🌐 www.zontesmalaysia.com









