Zarco berjaya tinggalkan Marc 20 saat di belakang.

Wandi

Dapat menjejakkan kaki ke podium merupakan momen yang menarik walaupun ia bukan di tempat pertama.

Pada perlumbaan FrenchGP lalu, sejarah baru Perancis telah tercipta di mana selepas lebih 70 tahun, pelumba tempatan kembali memenangi saingan di laman sendiri.

Johan Zarco menang dengan bergaya selepas meninggalkan Marc di belakang dengan jarak 20 saat. Perlumbaan yang berlangsung di litar basah dan tiada hujan lebat menjadikan para pelumba agak bingung untuk mengenakan tayar yang sebaiknya. Ramai yang beberapa kembali ke pit bagi mendapatkan jentera yang terbaik namun bagi Zarco, sejak dari mula beliau telah memacu jentera bertetapan basah dan ini memberi kelebihan buatnya.

Selepas keluar dari pit, Marc berada di kedudukan kedua. Ramai yang berdebar melihat perlumbaan kerana menjangkakan bahawa Marc akan dapat menangkap Zarco di depan. Walaubagaimanapun, jurang masa yang membezakan keduanya kian meningkat menandakan Zarco terus meluru laju meninggalkan Marc.

Dalam sesi temu ramah, Marc mengatakan beliau tidak bertekad untuk mengejar Zarco di hadapannya kerana beliau mahu kembali ke podium selepas mana perlumbaan yang teruk di Jerez lepas. Bukanlah keputusan yang bijak jika ingin mengambil risiko besar demi memenangi satu perlumbaan kerana buat masa ini pungutan mata sebanyak mungkin itulah yang lebih utama.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.5k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives