YAKEB KOMITED MEMBANTU GABIT SALEH HARUNGI UJIAN HIDUP

asyrafzuarimi

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) baru-baru ini menerima kunjungan bekas pelumba motocross negara, Muhammad Habibullah Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai Gabit Saleh. Kunjungan ini bertujuan mempercepatkan proses permohonan keahlian beliau sebagai ahli YAKEB, sekali gus membuka jalan kepada bentuk bantuan yang bersesuaian.

Dalam pertemuan tersebut, Gabit turut berkongsi perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya. Beliau kini sedang berjuang melawan penyakit kanser hidung, satu ujian besar yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Beliau juga menjelaskan jenis sokongan dan rawatan yang amat diperlukan dalam fasa pemulihannya.

YAKEB menzahirkan komitmen penuh dalam merancang dan menyalurkan bantuan yang lebih efektif serta bersesuaian dengan keperluan Gabit. Pihak yayasan juga amat menghargai kerjasama erat yang diberikan oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam usaha membantu ikon sukan bermotor ini.

Sebagai sebuah badan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan bekas atlet negara, YAKEB menyeru agar mana-mana bekas atlet yang masih belum mendaftar dan memerlukan bantuan, agar segera menghubungi YAKEB di talian 03-2092 4844 untuk maklumat lanjut dan sokongan sewajarnya.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives