Valentino Rossi Sertai 24 Hours of Spa Bersama Kevin Magnussen dan Rene Rast!

Kimi

Legenda MotoGP, Valentino Rossi, akan kembali mencuri tumpuan, kali ini di litar 24 Hours of Spa! Pasukan WRT telah mengumumkan bahawa Rossi akan bergandingan dengan dua pelumba ternama, Kevin Magnussen dan Rene Rast, dalam jentera #46 BMW M4 GT3 EVO. Trio hebat ini akan bersaing dalam kategori Pro dalam perlumbaan ketahanan berprestij yang dijadualkan berlangsung hujung Jun ini.

Penyertaan kereta #46 melengkapkan skuad WRT untuk edisi 2025 acara tersebut. Secara keseluruhan, WRT akan menurunkan lima buah kereta: tiga dalam kelas Pro, serta satu masing-masing dalam kelas Gold dan Silver.

Valentino Rossi bukanlah asing dalam dunia perlumbaan kereta GT, namun penyertaannya bersama Magnussen, bekas pelumba Formula 1 dan Rast, juara DTM, menjadikan barisan ini antara paling dinanti dalam perlumbaan kali ini. Gabungan pengalaman dari MotoGP, F1 dan GT memberi kelebihan taktikal dan teknikal buat pasukan.

Dengan nombor ikonik #46, penyertaan Rossi di Spa bukan sekadar simbolik, ianya satu kenyataan bahawa juara dunia sembilan kali itu masih mempunyai semangat bersaing yang tinggi di peringkat elit sukan permotoran.

Teruskan Bersama Four Wheels..!
📷BMW WRT

FourWheels #TWmedia #FW #TWinfo #FIA #F175 #WEC #WRT #VR46 #KV

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives