
Baru-baru ini saya berpeluang membuat liputan ke kejohanan GT World Challenge Asia Sepang pada 10 hingga 13 April 2025 dengan menunggang Aveta Vanguard 250 SE, sebuah skuter Adventure Touring Crossover (ATC) Pertama di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia.
Bernadikan asas enjin Piaggio Nexus 250S, enjin yang tidak asing lagi terhadap penggemar skuter dimana telah ditunjukkan kebolehan dan ketahanan dalam keadaan dunia tunggangan sebenar.
Enjin ini dipacu oleh sistem suntikan bahan api Bosch EFI, yang memastikan penggunaan petrol yang cekap serta prestasi yang lancar dan konsisten dalam pelbagai keadaan tunggangan.
Aveta Vanguard 250 SE bersedia untuk berjalan. Tak kisah jalan lasak, jalan biasa, semua steady. Untuk model SE ini didatangkan dengan:-
• Roda depan besar – 15 inci dengan tayar Timsun
• Ground clearance tinggi – 160 mm, tak mudah sangkut
• Brek power – angkup brek 4-piston
• Suspensi padu – fork depan 37mm & gandar dalam.
Aveta Vanguard 250SE bersedia untuk jalan jauh dengan spesifikasi:-
• Jarak roda panjang – 1535mm, rasa stabil ketika kelajuan tinggi
• Seat sedap – bentuk ergonomik, tak cepat lenguh
• Tangki besar – 13 liter, isi penuh boleh ride jauh tak payah risau
• Posisi kaki rilek – siap condong sikit, sesuai untuk cruise santai
Posisi tunggangan selesa untuk perjalanan jauh dan tunggangan harian dalam bandar. Meter digital TFT LCD 7 inci yang jelas berserta perkongsian skrin dari telefon bimbit secara terus .


Storan bawah tempat duduk dan bahagian depan yang boleh memuatkan sehingga 23.5 Liter.



Jentera Aveta Vanguard 250 SE cukup bertenaga untuk tunggangan harian dan hujung minggu. Pengendalian terasa mantap terutama masa cornering, naik bukit, dan juga memotong.
Video Dashcam Hadapan Aveta Vanguard 250SE yang boleh dimuatturun dengan menggunakan aplikasi Roadcam dengan sambungan WiFi.
Secara keseluruhan, sepanjang min menunggang Aveta Vanguard 250 SE dengan jarak 569.2km dari tempat Aveta di Klang, ke Puncak Alam ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang, The Cap City SS 15, Plaza Imbi, dan ke Sepang melalui Southville City dan jalan Dengkil. Jentera ini sesuai untuk gaya tunggangan di bandar, off-road santai dan juga penunggangan jarak jauh sejauh 300km-350km untuk tangki isian penuh 13 Liter. Min pun tidak rasa penat, kekal segar dan bertenaga dan bersedia untuk menunggang Aveta Vanguard 250SE di hari yang mendatang.
















Aveta Vanguard 250 hadir dalam dua varian, Standard dan Special Edition (SE). Varian Standard berharga RM14,888* hadir dalam warna Nano Grey, manakala varian SE yang lebih premium berharga RM16,388*, tersedia dalam warna Majestic Green dan Metallic Grey.
*Harga tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

#AvetaMotorMalaysia#RedefiningBoundaries#Nova160#Nova125#VTM250M#Vanguard250#RideNova#NovaLifestyle#TheFirstAdventureTouringCrossover