Tunggang Uji: TTLBT 508 – Touring Adventure Bergaya Besar dari SYM

asyrafzuarimi

Masih dalam acara eksklusif yang dianjurkan di kilang SYM Taiwan, wakil TW Media turut diberi peluang untuk menguji satu lagi model yang penuh dengan kuasa dan gaya – SYM TTLBT 508. Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan kepada MForce Malaysia kerana membolehkan kami merasai sendiri kehebatan jentera ini sebelum ia menemui peminat di Malaysia!

Spesifikasi Ringkas SYM TTLBT 508:
• Enjin: 2 silinder, 4-lejang, penyejukan cecair, DOHC, 8-injap
• Kapasiti Enjin: 508cc
• Tangki Minyak: 16 liter
• Ciri-ciri: Sistem ABS, kelengkapan penuh touring (kotak simpanan mudah buka-pasang)

Seawal mula memulas pendikit, TTLBT 508 memberi sensasi pecutan yang hampir setanding dengan jentera berjenama besar lain. Enjin 2 silindernya memberikan penghantaran kuasa yang lancar dan berterusan, manakala sistem brek ABS memastikan setiap pemberhentian dilakukan dengan penuh keyakinan.

Apa yang menjadikan TTLBT 508 benar-benar istimewa ialah kelengkapan touring yang disediakan iaitu kotak simpanan belakang dan sisi yang direka mudah pasang-buka (portable), kapasiti tangki besar 16 liter untuk perjalanan jauh tanpa risau kehabisan minyak, serta kedudukan tunggangan yang selesa untuk rider dan pembonceng.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, SYM TTLBT 508 ini benar-benar membawa rasa ‘big bike touring’ dalam pakej yang lebih mudah diurus dan mampu milik. Ia menawarkan semua ciri-ciri utama sebuah jentera pengembaraan jarak jauh, mengutamakan keselesaan, prestasi, praktikaliti dan gaya.

Model SYM TTLBT 508 dijangka akan mula menembusi pasaran Malaysia pada tahun 2026 dan lebih menarik lagi berdasarkan sumber yang sahih diperolehi anggaran harga bagi model ini adalah dibawah lima puluh ribu ringgit Malaysia, apa-apa pun nantikan kenyataan rasmi daripada SYM global.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

5 thoughts on “Tunggang Uji: TTLBT 508 – Touring Adventure Bergaya Besar dari SYM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives