



Selepas aksi mantap di Jerez, pasukan Trackhouse MotoGP kini bergerak ke utara Sepanyol menuju ke Le Mans, Perancis — lokasi ikonik yang sinonim dengan perlumbaan 24 Hours of Le Mans. Tapi untuk hujung minggu ini, fokus adalah pada Grand Prix Perancis MotoGP di Litar Bugatti, sebahagian daripada litar perlumbaan endurance yang terkenal itu.
Walaupun saiznya lebih kecil, Litar Bugatti tetap mencabar – sepanjang 4.2km dengan 14 selekoh (9 kanan, 5 kiri), trek ini perlukan brek yang mantap dan kawalan jentera yang stabil, terutama dengan cuaca Perancis Barat Laut yang tak menentu. Tambahan pula, ini juga ‘rumah’ kepada pembekal tayar rasmi kejohanan, Michelin.
Fokus Pelumba Trackhouse
Raul Fernandez #25
Tahun 2021, Raul pernah menang di sini dalam kategori Moto2. Musim lalu, dia berjaya kumpul mata dalam Sprint dan perlumbaan utama. Kini, dengan 84 pusingan ujian di Jerez baru-baru ini dan peningkatan ketara dari jentera Aprilia RS-GP25, Raul kembali dengan semangat baru:
“Selepas beberapa pusingan yang sukar, saya rasa lebih positif sekarang. Harapnya saya dapat teruskan momentum dan rasai keyakinan sama di Le Mans.”
Ai Ogura #79
Le Mans juga ada kenangan manis buat Ai Ogura – tempat kedua dalam Moto2 tahun lalu. Kini sebagai pelumba rookie MotoGP, Ai mahu terus belajar dan cepat sesuaikan diri dengan litar:
“Terus terang, Le Mans bukan litar kegemaran saya. Tapi saya percaya kalau saya faham setiap sektor litar, saya boleh jadi kompetitif. Ujian di Jerez beri kami info penting dan saya nak guna itu sepenuhnya hujung minggu ini.”
Kata Pasukan
Davide Brivio, Pengurus Pasukan Trackhouse berkata:
“Kami datang ke Le Mans dengan semangat positif. Ujian di Jerez beri beberapa idea baru yang kami harap dapat bantu tingkatkan prestasi Ai dan Raul. Le Mans memang unik, dengan peminat yang sangat bersemangat – kami tak sabar nak berlumba di depan mereka!”
📍 Aksi GP Perancis bermula Jumaat, 9 Mei jam 4:45 petang (GMT+8) dengan sesi latihan pertama (FP1).
Adakah Ai dan Raul mampu cipta kejutan di Perancis? Kita saksikan hujung minggu ini!