
SUPER GT Malaysia Festival 2025 bukan sekadar perlumbaan – ia adalah festival penuh aksi, muzik, budaya, dan hiburan! Dengan hanya satu tiket bermula dari serendah RM80, pengunjung bukan sahaja menyaksikan aksi perlumbaan bertaraf dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), malah boleh menikmati konsert selepas perlumbaan GT Live!, yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2025.
🏎️ Perlumbaan Bertaraf Dunia + Konsert Mega = Festival Epik


Dianjurkan oleh Haro Sports & Entertainmen dan rakan penganjur Nihon Matsuri, festival ini menjanjikan pengalaman yang menggabungkan perlumbaan SUPER GT, pameran automotif, budaya Jepun, pertemuan kereta JDM, dan kini — GT Live!, konsert mega selepas perlumbaan yang pasti akan menggegarkan pentas!
“SUPER GT Malaysia Festival bukan sekadar acara sukan permotoran – ia adalah perayaan gaya hidup, budaya, muzik dan komuniti. Satu tiket, akses ke semuanya,” kata Fahrizal Hasan, Rakan Kongsi Pengurusan, Haro Sports & Entertainment.
🎤 GT Live! Bawakan Bintang Viral Asia
Siap sedia untuk gegaran “Garam & Madu (Sakit Dadaku)” secara langsung! Buat pertama kalinya di Malaysia, trio viral dari Indonesia — Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ) akan menggegarkan pentas GT Live! selepas perlumbaan.
Dengan lebih 114 juta tontonan di YouTube, lagu “Garam & Madu” bukan sekadar lagu – ia adalah fenomena global dengan gabungan unik hip-hop + dangdut + elemen elektronik moden yang dinamakan “hipdut”. Lagu ini juga berjaya menakluki carta #1 di Indonesia dan Billboard Indonesia Songs.
GT Live! turut menampilkan:
- 🎶 KLP48 – kumpulan wanita J-Pop & M-Pop terkenal serantau
- 🎤 FAREED (K-Clique) – ikon rap generasi baru
- 🎤 Sabhi Saddi dan Kaka Azraff – bintang pop tanah air
Dapatkan tiket Early Bird dari serendah RM80 untuk akses ke perlumbaan dan konsert GT Live!
Pilihan tiket:
- 🎟️ RM80 (Harga Asal: RM100) – K1 Grandstand
- 🎟️ RM200 (Harga Asal: RM250) – Main Grandstand
- 🎟️ RM350 – GT Suite
- 🎟️ RM500 – GT Live! Rock Zone
- 🎟️ RM2,000 – GT Club Paddock (premium access)
📍 Maklumat lanjut & pembelian tiket: www.supergtmalaysia.com
🚘 UMW Toyota Motor & Toyota GAZOO Racing Malaysia – Penaja Utama Festival


Sebagai Penaja Utama, UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia membawa semangat prestasi, inovasi dan komuniti ke SUPER GT Malaysia Festival 2025.
Turut berlangsung adalah Pusingan Ke-2 Toyota GAZOO Racing Vios Challenge 2025, satu-satunya perlumbaan one-make terkemuka di Malaysia yang menampilkan pemandu profesional, selebriti dan bakat muda berlumba dalam jentera Toyota Vios yang serba sama.
💥 Tiada kelebihan teknologi – hanya kemahiran pemanduan tulen yang menentukan juara!
👟 Aktiviti & Pengalaman Toyota GAZOO Racing:
- Pameran kereta perlumbaan & pratonton eksklusif
- Zon interaksi peminat dan simulator perlumbaan
- Penampilan khas pemandu & duta GAZOO Racing
- Jualan barangan rasmi & hadiah eksklusif
🏁 GR86 Cup Malaysia – Perlumbaan Baharu yang Mengujakan

SUPER GT Malaysia Festival 2025 juga akan menampilkan pusingan pertama GR86 Cup Malaysia Series, perlumbaan one-make menggunakan Toyota GR86 yang disokong oleh Bridgestone sebagai Pembekal Tayar Rasmi. Siri ini akan berlangsung serentak dengan SUPER GT dan menambah lagi keterujaan di litar.
⚽ Kerjasama Strategik bersama Selangor FC & CraftLab Asia
Untuk menambah nilai hiburan dan pengalaman, Selangor FC diumumkan sebagai Rakan Strategik, membawa sinergi antara peminat bola sepak dan perlumbaan. Selain itu, CraftLab Asia bertanggungjawab untuk visual konsep rasmi termasuk wrapping kereta untuk jelajah promosi SUPER GT.
🗾 Sokongan Rasmi Tahun Melawat Malaysia & Selangor
SUPER GT Malaysia Festival 2025 dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Visit Selangor 2025, dengan sokongan Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.
📍 Jangan tunggu lagi – Rasai perlumbaan, muzik dan budaya dalam satu festival!
📲 Maklumat lanjut & pembelian tiket: www.supergtmalaysia.com