RCB Cipta Sejarah Di Amerika Selatan

Toshi

Bertarikh 27 Mei 2025 di bumi Colombia, syarikat gergasi berasal dari Malaysia RCB telah mencipta sejarah sekali lagi dengan membuat penampilan sulungnya di pameran motosikal terbesar di Amerika Selatan. Acara tersebut menyaksikan sambutan luar biasa daripada komuniti penunggang motorsikal dan pengedar dari Colombia dan negara sekitarnya, yang turut teruja dengan kehadiran jenama Asia Tenggara ini.

Menurut wakil RCB, mereka mempromosikan produk-produk seperti sistem brek, rim, suspensi, dan aksesori perlumbaan. Ianya sudah lama mendapat tempat di hati penunggang motosikal di rantau itu sebenarnya. Maka penampilan rasmi ini mengukuhkan lagi jenama RCB, sekaligus memudahkan akses kepada produk tulen RCB untuk para penunggang motosikal , pihak pengedar, dan kelab-kelab motosikal di seluruh benua Amerika selatan tersebut.

Marcus Leong, Pengarah Pemasaran Kumpulan berkata, “Kunjungan ini mengesahkan kepercayaan kami bahawa RCB sememangnya mempunyai komuniti setia di Colombia.” Beliau turut menegaskan komitmen RCB untuk memudahkan akses kepada produk mereka dengan lebih pantas dan efisien.

RCB turut merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang menyokong penyertaan mereka di Colombia. Sambutan hangat yang diterima telah membuka peluang untuk kerjasama masa depan dan memperkukuh hubungan dengan komuniti dua roda di Amerika Latin.

Untuk maklumat lanjut, ikuti RCB di Instagram @rcb.global dan @rcb.colombia.

Teruskan Bersama Two Wheels!!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives