Pedro Acosta Desak KTM Bertindak Segera

Toshi

Selepas perlumbaan MotoGP di Silverstone, bintang muda Pasukan Red Bull KTM Factory Racing, Pedro Acosta, tampil dengan kenyataan lantang yang memberi tekanan hebat kepada KTM. Dalam nada kecewa dan tegas, Acosta menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi jentera RC16 yang menurutnya jauh ketinggalan berbanding pengeluar lain dan kurang menerima kemas kini prestasi yang signifikan.

Acosta menggelar perlumbaan di Silverstone sebagai “perlumbaan hampa tanpa harapan”, di mana segala usaha untuk memaksimumkan prestasi tidak membuahkan hasil akibat masalah cengkaman. Menurutnya, walaupun pelumba cuba menunggang secara sempurna dalam aspek pecutan dan pengendalian, kekurangan cengkaman menjadi punca utama kegagalan mereka untuk bersaing rapat dengan jentera lain.

Ketika ditanya tentang kesabarannya, Acosta tanpa berselindung berkata: “Saya tidak sabar. Peluang hanya datang sekali seumur hidup. Saya perlukan bantuan pengeluar. Itu sahaja.” Beliau turut mengingatkan bahawa ramai pelumba muda bersinar seketika sebelum hilang dari radar, merujuk kepada legenda seperti Freddie Spencer.

Acosta menegaskan bahawa dia bukan satu-satunya yang terkesan, malah keempat-empat pelumba KTM bergelut sepanjang hujung minggu tersebut. Walaupun masih terikat kontrak hingga akhir 2026 dan tetap percaya pada projek KTM, Acosta menyatakan bahawa dia mahukan peluang untuk berlumba, bukan sekadar “menghabiskan minyak” di litar. Harapannya jelas: KTM perlu segera memberikan penyelesaian agar mereka kekal kompetitif di pentas MotoGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 MotoGP

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives