Ogura dan Aprilia Sasar Kebangkitan Di Silverstone

Toshi

Selepas meninggalkan Litar Bugatti di Le Mans dengan kedudukan ke-10 dalam kejuaraan dunia MotoGP, Ai Ogura kini bersedia mengharungi pusingan ketujuh musim ini di Silverstone, litar paling panjang dan mencabar dalam kalendar.

Walaupun tidak pernah serasi dengan Le Mans, Ogura tetap berjaya menjarakkan kedudukannya daripada Marco Bezzecchi dalam carta keseluruhan, memperkukuh reputasinya bersama pasukan Trackhouse dan pengeluar Aprilia dari Noale. Namun, saingan gelaran “Rookie of the Year” semakin sengit apabila Fermin Aldeguer dari Gresini tampil cemerlang di Perancis, melonjak ke tempat ke-8 dan kini mendahului Ogura dengan lima mata.

Kini tumpuan beralih ke Silverstone, sebuah litar laju dan mengalir dengan selekoh pantas yang menuntut keyakinan tinggi daripada pelumba serta kestabilan jentera ketika membrek. Litar ini terbukti sesuai untuk RS-GP, dengan Aleix Espargaro meraih podium Sprint tahun lalu dan menang pada 2023.

Ogura yang memegang rekod pusingan Moto2 di sini mengakui cabaran MotoGP di Silverstone tidak mudah, namun kekal optimis: “Saya suka litar ini, dan kami akan bekerja keras bersama pasukan untuk mencapai prestasi terbaik.”

Pengurus pasukan, Davide Brivio turut yakin dengan kemajuan terkini hasil ujian di Jerez: “Kami mahu lihat sama ada peningkatan ini konsisten di Silverstone. Ini peluang penting untuk menilai perkembangan kami.”

Adakah Ogura mampu menangkis asakan Aldeguer dan kembali unggul? Silverstone akan memberi jawapannya.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.2k views

Search

Archives