
Entah di mana tidak kena, juara dunia MotoGP tiga kali, Francesco Bagnaia kini dalam dilema bila mana apa yang dikehendaki belum kunjung tiba. Walaupun sudah beberapa kali menaiki podium namun hatinya belum puas kerana sasaran belum tercapai iaitu memenangi perlumbaan.
Pecco kini mengharungi minggu-minggu perlumbaan dengan perasaan yang tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Menurut pengurus pasukan Ducati, Pecco sering mengatakan perasaan yang kurang enak ketika memacu jentera beliau.
Desmosdici yang ditunggangi Pecco tidak bekerja seperti yang dikehendaki. Sukar untuk difahami namun itu menjadi penyebab utama hilangnya keseronokan dan semangat untuk terus berlumba. Sudah pun enam perlumbaan berlalu namun jalan penyelesaian tetap tidak diketemui.
Ducati akui bahawa titik permasalahan tersebut sedang dicari dan mereka bekerja keras untuk mendapatkan kembali rentak yang dikehendaki Pecco. Tiada istilah putus asa di kem mereka dan Ducati tekad untuk mengembalikan senyuman di wajah Pecco.