Monster Energy Yamaha MotoGP Panas Membara untuk GP Perancis!

MC

Selepas ujian rasmi MotoGP di Jerez yang sangat memberangsangkan lebih seminggu lalu, pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP – Fabio Quartararo dan Álex Rins – kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pusingan keenam Kejuaraan Dunia MotoGP 2025, yang akan berlangsung hujung minggu ini di Litar Bugatti, Le Mans, Perancis.

Dengan semangat baharu selepas kejayaan di GP Sepanyol dan ujian produktif di Jerez, pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP hadir ke Le Mans dengan penuh motivasi untuk memburu keputusan cemerlang di Michelin Grand Prix de France.

GP Perancis sememangnya istimewa buat pasukan ini – lebih-lebih lagi dengan sokongan padu penyokong tempatan untuk bintang kelahiran Perancis, Fabio Quartararo. Selepas aksi memukau di Jerez dengan meraih pole position dan tempat kedua dalam perlumbaan, “El Diablo” kini bersedia memberi segalanya di hadapan penyokong sendiri. Fabio pernah menaiki podium di Le Mans bersama Yamaha pada tahun 2021, dan kini berada di tempat keenam dalam kedudukan kejuaraan – bersedia untuk terus melonjak prestasi!

Rakan sepasukan, Álex Rins, turut tampil dengan keyakinan tinggi selepas sesi ujian IRTA yang positif di Jerez. Fokusnya kini adalah untuk mengesahkan hasil kerja di trek yang berbeza. Le Mans pernah menjadi litar kegemaran Rins semasa kategori junior – dengan podium Moto3 pada 2012, 2013 dan 2014 serta kemenangan Moto2 pada 2016. Kini, beliau ingin memungut mata MotoGP pertamanya di bumi Perancis untuk mendaki dari kedudukan ke-17 dalam carta kejuaraan.

Sekilas Tentang Litar Bugatti

Dibina pada tahun 1965 berdekatan bandar Le Mans, litar sepanjang 4.2km ini terkenal dengan cabaran teknikalnya: 5 selekoh kiri dan 9 selekoh kanan – menuntut kemahiran dalam brek lewat, pecutan kencang dan kawalan cengkaman belakang. Litar ini telah melalui beberapa perubahan keselamatan sebelum kembali ke kalendar MotoGP pada tahun 2000 dan sejak itu terkenal sebagai lokasi pertarungan sengit.


🎙️ Massimo Meregalli

Pengarah Pasukan, Monster Energy Yamaha MotoGP

“Prestasi cemerlang di GP Sepanyol serta ujian Jerez menunjukkan peningkatan positif. Le Mans pula adalah antara penganjuran terbaik musim ini, dan suasananya pasti beri dorongan tambahan untuk Fabio di hadapan penyokong sendiri. Matlamat kami hujung minggu ini adalah mengekalkan momentum dan meletakkan kedua-dua pelumba dalam sesi Q2. Selepas GP ini, kami akan jalani ujian tertutup di Misano dan terus ke GP British – jadi kami perlu bersedia!”


🏁 Fabio Quartararo

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP

“Saya sangat gembira dapat raih pole dan tempat kedua di Jerez. Le Mans amat istimewa bagi saya – ia GP di tanah air sendiri, dan sokongan penyokong sungguh luar biasa. Walaupun saya dah biasa dengan suasana ini, setiap kali lagu kebangsaan dimainkan di grid, saya masih meremang bulu roma! Tapi, kami perlu kekal fokus. Ujian di Jerez sangat membantu, dan saya teruja untuk lihat bagaimana enjin spesifikasi baharu ini beraksi di Le Mans. Saya tidak sabar untuk memulakan hujung minggu ini!”


🏁 Álex Rins

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP

“Kami capai kemajuan yang positif di ujian Jerez. Kini kami akan cuba sahkan apa yang kami pelajari di Le Mans. Kami juga guna spesifikasi enjin baharu yang pertama kali diuji minggu lalu, jadi GP ini penting untuk kumpul data sebelum ujian di Misano. Suasana di Le Mans sentiasa hebat – penyokong sangat bersemangat, dan ini beri motivasi tambahan buat kami para pelumba.”

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

One thought on “Monster Energy Yamaha MotoGP Panas Membara untuk GP Perancis!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives