Michael Ruben Rinaldi Kembali ke WorldSBK bersama pasukan Yamaha Motoxracing

MC

Pelumba Itali Michael Ruben Rinaldi, yang memulakan musim 2025 dalam kategori Supersport bersama pasukan GMT94 Yamaha, kini akan kembali berlumba dalam WorldSBK (Superbike) bersama Yamaha MotoXRacing menggantikan Tito Rabat.

Walaupun Rinaldi dan pasukannya berusaha keras dengan jentera Yamaha R9 baharu, lima pusingan pertama musim ini agak mencabar. Akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Kini, Rinaldi akan kembali ke kategori yang pernah menyaksikannya menang lima perlumbaan WorldSBK bermula dari perlumbaan di Misano.

Roberto Garcia bersama pasukan GMT96 Yamaha WorldSSP
Foto: Yamaha Racing

Menggantikan beliau di GMT94 ialah bintang muda Sepanyol berusia 18 tahun, Roberto Garcia, yang juga juara Moto2 Eropah 2024! Beliau sudah pun menjalani ujian bersama pasukan dan menunjukkan prestasi mengagumkan di atas jentera Yamaha R9.

Beliau sangat teruja dan menyifatkan peluang ini sebagai satu cara untuk menunjukkan potensinya sepenuhnya, sambil membantu pasukan dan Yamaha mencipta kejayaan.

🗣 Kata Mereka:

🗨️ Niccolò Canepa (Pengurus Sukan Jalan Raya, Bahagian Sukan Permotoran, Yamaha Eropah):
“Rinaldi seorang pelumba hebat, tapi tahun ini di Supersport bukan rezekinya. Kami ucapkan semoga berjaya bersama MotoXRacing. Garcia pula pelumba muda berbakat – kami sangat kagum dengan ujiannya. Semoga berjaya buat dia dan pasukan!”

🗨️ Michael Ruben Rinaldi:
“Saya beri segalanya, dan pasukan juga begitu. Tapi kadang-kadang tak menjadi. Saya amat berterima kasih kepada semua di GMT94 dan tak sabar untuk kembali bersaing di WorldSBK.”

🗨️ Roberto Garcia:
“Saya sangat teruja! Ini peluang luar biasa untuk buktikan diri. Saya akan berikan 120% untuk Yamaha dan GMT94!”

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives