Masing-masing punya cara tersendiri, cabaran buat Ducati.

Wandi

Dalam sesi ujian di Jerez lepas, Marc Marquez dipenuhi peemintaannya untuk memacu Desmosdici yang lebih reaktif pada bahagian hadapan dan lebih ringan di bahagian belakang. Ini sememangnya sudah cara Marc sejak dari ketika bersama dengan Honda lagi.

Bercakap terhadap ujian yang dilakukan, Marc amat positif dan sukakan hasilnya. Kepantasan pihak Ducati dalam mengubahsuai jenteranya supaya beliau lebih baik ketika beraksi di atas litar juga dipuji dan itu membuatkan Ducati sangat istimewa maka tak hairanlah mengapa mereka kekal kuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berbeza pula keadaannya dengan juara dunia 3 kali, Francesco Bagnaia yang mana memberi komen bahawa perubahan yang dibuat kepada jentera Ducati itu tidak disukainya. Beliau sememangnya lebih gemarkan jentera yang lebih seimbang seperti apa yang beliau kenderai selama ini.

Dalam sesi ujian tersebut, Pecco memberitahu bahawa hasilnya jentera beliau akan kekal menggunakan lengan ayun yang digunakan pada tahun lepas yang sememangnya terus digunakan hingga sekarang. Lengan ayun baharu yang dibawa oleh Ducati dirasakan kurang serasi dengannya maka keputusan telah dibuat bahawa beliau ingin kekal dengan pakej yang sedia ada sekarang tanpa sebarang perubahan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.1k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives