Luca Marini Cedera ketika Ujian Suzuka

MC


Pada hari Rabu, 28 Mei, pelumba MotoGP, Luca Marini terlibat dalam kemalangan serius ketika menjalani sesi ujian untuk perlumbaan Suzuka 8-Hours di Jepun. Kini, beliau sedang menerima rawatan dan pemerhatian lanjut di hospital tempatan.

Selepas Grand Prix British, Marini berlepas ke Litar Suzuka untuk menjalani sesi ujian pertama bersama jentera Honda CBR1000RR-R SP. Hari pertama ujian berjalan lancar buat pelumba Itali itu. Namun malangnya, pada hari kedua sesi, Marini mengalami kemalangan teruk yang menyebabkan beberapa kecederaan serius.

Antara kecederaan yang dialami ialah:

-Terseliuh pada pinggul kiri
-Kerosakan ligamen pada lutut kiri
-Patah pada tulang dada dan tulang selangka kiri
-Pneumotoraks (kebocoran udara di paru-paru) di bahagian kanan

Selepas insiden itu, Marini segera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan dan kini berada dalam keadaan stabil. Beliau akan terus berada di Jepun sehingga doktor mengesahkan beliau selamat untuk pulang ke negara asal.

Pihak Honda HRC dan pasukan Honda HRC Castrol telah menyatakan komitmen penuh mereka untuk menyokong pemulihan Marini dan berharap beliau akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives