KTM Diberi Tarikh Akhir 23 Mei untuk Bayar RM2.9 Bilion bagi Elak Kebankrapan.

Wandi

Pengeluar motosikal terkenal Austria, KTM AG, kini berada dalam situasi kewangan yang kritikal apabila perlu melunaskan bayaran sebanyak RM2.9 bilion kepada para pemiutang sebelum 23 Mei 2025. Jumlah ini merupakan 30% daripada keseluruhan hutang syarikat yang mencecah RM14 bilion.

KTM telah memfailkan permohonan penstrukturan semula hutang di bawah undang-undang kebankrapan Austria pada November 2024, selepas beban hutang yang tinggi dan lebihan inventori motosikal yang tidak terjual. Langkah ini memberi tempoh 90 hari kepada syarikat untuk merancang pemulihan kewangan.

Pelan penstrukturan KTM telah diluluskan oleh majoriti pemiutang pada Februari 2025, dengan syarat syarikat membayar 30% daripada jumlah hutang sebelum 23 Mei. Sekiranya gagal, KTM berisiko menghadapi pembubaran dan kehilangan operasi sepenuhnya.

Untuk memenuhi syarat ini, KTM memerlukan pelaburan tambahan sebanyak RM3.6 billion, termasuk RM2.9 billion untuk pembayaran kepada pemiutang dan RM717 juta bagi menyambung semula operasi pengeluaran. Sebahagian dana telah dijamin melalui pelaburan daripada pemegang saham utama, termasuk Bajaj Auto dari India.

Peminat sukan permotoran berharap agar KTM dapat mengatasi cabaran ini dan kembali bersaing dengan lebih kuat dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.2k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives