Kesetiaan Fabio Quartararo kepada Yamaha dipuji Smith.

Wandi

Pada perlumbaan di Perancis minggu lalu, Bradley Smith telah diundang menjadi tetamu pengulas yang mana beliau berkongsi keadaan dan perasaan para pelumba yang sedang berada di atas litar supaya kita para pendengar dapat memahami dengan lebih dekat situasi semasa.

Smith melihat kini Yamaha kembali bangkit seperti dulu yang mana sudah mula dapat memberi saingan kepada Ducati. Fabio Quartararo telah berjaya mendapat pole position di FrenchGP lalu dan itu membuktikan bahawa jentera Yamaha berjaya dinaik taraf dengan begitu drastik.

Kejayaan tersebut tidak dinafikan ia disumbang oleh kemampuan dan pengalaman Fabio sendiri yang sudah sekian lama dengan Yamaha. Walaupun Yamaha berada dalam situasi sukar dengan prestasi yang amat merudum namun Fabio tetap bertahan di sana sehingga sekarang.

Hal tersebut dipuji oleh Bradley Smith yang mana ia membuktikan bahawa kesetiaan dan kepercayaan juara dunia itu amat tinggi terhadap pasukan yang telah banyak menaikkan namanya. Smith percaya bahawa ia baru sekadar permulaan yang mana Yamaha pasti akan terus berkembang maju kerana kini mereka telah menemui ramuan yang betul.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives